SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR 2009

Share
Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (PK Pentadbiran) sedang menyampaikan keputusan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR

Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (PK Pentadbiran)sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibubapa yang turut hadir dalam majlis pengumuman keputusan UPSR 2009

Kelihatan murid begitu sabar menunggu keputusan diumumkan

KUBANG KERIAN - 19HB. NOVEMBER, 2009. Syukur dan tahniah kepada semua murid yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Pengumuman keputusan UPSR dan peyampaian keputusan telah disampaikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (mewakili Tn. Guru Besar yang sedang berkursus di Kuala Terengganu) kepada kesemua murid yang mendapat keputusan 5A iaitu seramai 47 orang. Keputusan UPSR yang diumumkan pada tahun ini adalah pencapaian paling cemerlang dan memecah rekod sebelum ini. SKKK 1 mendapat tempat ke 6 daripada 100 buah sekolah dalam PPD Kota Bharu. Sehubungan dengan itu sekalung Ucapan Tahniah daripada kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 buat semua murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan tahniah juga kepada semua guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus mencurahkan keringkat bakti sepanjang tahun dalam membimbing murid kearah kecemerlangan. Kepada mereka yang tidak berjaya merangkul keputusan cemerlang, gandakan usaha untuk berjaya dalam seberang peperiksaan di sekolah menengah nanti. Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 juga mengucapkan Selamat Melangkah Ke Sekolah Menengah kepada semua murid tahun 6, dengan iringi doa semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat tidak dilupakan. Jika dipanjangkan usia dapat kita bersua kembali dilain masa dan ketika insyaallah,,,,,,,

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN,,,,

Share





KUBANG KERIAN - 17HB. NOVEMBER, 2009. Selamat meneruskan persekolahan peringkat menengah buat 3 orang murid PKBP SKKK 1 yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun 2010. Mereka yang terlibat ialah adik Siti Hajar bt. Mat Ali, adik Ahmad Aufa b. Abd. Halim dan adik Ikmal Hafiz b. Ghazali. Pemergian mereka bertiga akan meninggalkan seribu kenangan buat kami pendidik yang setelah sekian lama bersama mereka selama ini. Kami tidak akan dapat lagi memujuk adik Siti Hajar yang sememangnya juara dalam bab merajuk dan masuk kelas mengikut kesukaannya bukan mengikut jadual yang sepatutnya. Kami tidak akan lagi mendengar cakap ajuk dari adik Hafiz dan kami juga tidak akan lagi bercakap berulang kali perkara yang sama kepada adik Aufa kerana sememangnya jika cikgu bertanya 10 soalan kepada adik Aufa, 1 soalan pun belum tentu dijawab olehnya yang begitu pendiam dan pemalu. Walau apapun keadaanya kenangan tetap dalam ingatan dan kehadiran mereka sememangnya mengembirakan kami, tidak ada perasaan kesal dan marah dengan sikap dan tingkah lakunya. Oleh itu kami di sini sentiasa mendoakan agar mereka dapat meneruskan persekolahannya dengan jayanya. Segala ilmu yang diberikan telah dihalalkan oleh kami dan semoga diberi kesihatan, rezeki dan keberkatan yang berpanjangan olehNYA,,,,Jika dipanjangkan usia jumpa lagi dilain masa dan ketika,,,,,

SYUKUR DIATAS KURNIAAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN,,,

Share
Wajah ceria dan gembira adik Baihaqi bertemu rakan dan juga seluruh warga PKBP SKKK 1


Adik Baihaqi bersalaman dengan semua warga PKBP

KUBANG KERIAN - 17HB. NOVEMBER, 2009. Syukur ke hadrat Ilahi diatas pemberian nikmat kesihatan yang berpanjangan buat adik Raja Baihaqi yang telah sihat untuk menjalani kehidupannya setelah beberapa bulan terlantar di Hospital USM Kubang Kerian. Pada hari ini adik Raja Baihaqi bersama ibu dan bapanya hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan seluruh warga PKBP SKKK 1 setelah sekian lama kami warga PKBP tidak mendengar hilai tawanya. Kehadiran hari ini begitu mengembirakan dirinya dan juga kami semua. Berdoa bersama semoga diberi kesihatan yang berpanjangan dan dapat bersua kembali di tahun 2010. Semoga adik Baihaqi serta keluarganya terus tabah meneruskan kehidupan dengan mendapat keberkatan yang berpanajngan hendaknya,,,,,

MAKAN MALAM PERDANA SKKK 1 2009

Share


KUBANG KERIAN - 16HB NOVEMBER, 2009. Makan malam Perdana anjuran Kelab Guru SKKK 1 telah diadakan di Dewan MCN SKKK 1 pada 16hb. Nov. 2009. Makan malam Perdana 2009 julung-julung kalinya diadakan didewan MCN SKKK 1. Jika sebelum ini sudah menjadi tradisi majlis seumpamanya diadakan di Hotel tetapi pada tahun 2009 Kelab Guru memecah tradisi dengan mengadakannya di sekolah sahaja. Walaupun majlis tersebut hanya diadakan di sekolah tetapi ianya begitu meriah dan semua warga sekolah gembira serta ceria sahaja pada malam tersebut dengan tema pakaian Merah dan Hitam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar SKKK 1, persembahan tayangan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2009. Majlis makan malam perdana turut diserikan dengan nyanyian para guru serta kakitangan sekolah. Turut berkaraoke pada malam tersebut ialah YDP PIBG berduet dengan Puan Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Kerani serta penyanyi yang tidak asing lagi di kalangan warga SKKK 1 iaitu En. Nooriman b. Yusup @ Ayub dan YM Tg. Norsilawaty bt. Raja Hassan. Seterusnya acara cabutan bertuah juga turut diadakan, semua yang hadir pulang dengan membawat pelbagai hadiah menarik. Dalam majlis tersebut turut dianugerahkan guru yang paling kontroversi sepanjang tahun 2009 iaitu guru lelaki dianugerahkan kepada Tuan Mohd Zani b. Tuan Soh, manakala guru perempuan dianugerahkan kepada Pn. Azlinawati bt. Muhammed.Majlis tersebut berakhir pada 11.30 malam. Panjang Umur Murah Rezeki jumpa lagi dimajlis Makan Malam Perdana 2010.

Wednesday, November 11, 2009

JOGATHON SKKK1 2009

Share
Murid tidak sabar menunggu giliran untuk menikmati minuman MILO percuma

Tuan Guru Besar SKKK 1 sedang memberi ucapan penutup Larian Jogathon SKKK 1 2009


Murid mengambil reben setiap check point tanda melalui sebanyak 4 check point
Murid sedang mendengar taklimat daripada
Penolong Kanan Kokurikulum SKKK 1 sebelum berlepas
KUBANG KERIAN - 11HB. NOVEMBER, 2009. Larian Jogathon peringkat SKKK 1 yang dirancang beberapa minggu lalu, akhirnya berjaya diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 7.45 pagi hingga 11.40 pagi selesainya upacara peyampaian hadiah. Larian ini melibatkan penyertaan murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Murid yang menyertai acara ini diberi hadiah daripada tempat pertama hingga tempat ke 20 mengikut tahun. Larian ini bertambah meriah dengan kehadiran van minuman MILO bergerak secara percuma. Semua murid diberi minum milo percuma pada hari ini. Sempena larian johathon yang diadakan hari ini juga, sekolah telah mengambil cuti peristiwa pada 12hb. November, 2009 (KHAMIS). Oleh itu tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dan telah berjaya mendapat tempat pertama hingga 20. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi ditahun hadapan. Selamat Bercuti Untuk Semua Murid dan Guru SKKK 1,,,,,Kembali ke sekolah pada hari Ahad 15hb. November, 2009.

Monday, November 9, 2009

BERSIHKAN KELAS LAGI,,,,

Share




KUBANG KERIAN - 9HB. NOVEMBER, 2009. Buat kali ke 3 dalam tahun 2009 kelas Pendidikan Khas SKKK 1 dimasuki air hujan. Hujan yang turun tanpa henti beberapa hari yang lalu menyebabkan kelas Pendidikan Khas dimasuki air sejak petang Jumaat, apabila hujan turun dengan lebat tanpa henti. Walaupun ada sebahagian peralatan telah diletakkan ditempat yang tinggi namum terdapat juga beberapa peralatan yang terpaksa di alihkan semasa air telah memasuki kelas. Beginilah kelas kami yang tidak pernah sunyi daripada air memandangkan tempat dan lakoasinya begitu rendah. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini terpaksa ditangguhkan memandangkan murid pulang semula apabila melihat keadaan kelas yang dipenuhi dengan air. Semua guru dan PPM bertungkus lumus membersihkannya buat sementara memandangkan air mungkin ada lagi selepas ini kerana musim tengkujuh baru bermula.

Thursday, November 5, 2009

LATIHAN JOGATHON SKKK 1 2009

Share




KUBANG KERIAN - 5HB. NOVEMBER, 2009. Satu latihan Johathon peringkat SKKK 1 2009 telah diadakan pada hari ini. Murid mula berkumpul di medan perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Selepas semua guru diberi taklimat tentang check point, murid dilepaskan secara berperingkat-peringkat iaitu tahun 3 satu kumpulan dan tahun 4, 5 dan 6 satu kumpulan. Semua murid diminta melepasi sebanyak 4 check point untuk sampai semula ke sekolah. Larian Johathon yang sebenarnya akan diadakan pada 11hb. November, 2009 ini iaitu hari Rabu minggu hadapan. Selepas latihan larian, semua warga SKKK 1 bergotong royong membersihkan kawasan sekolah sempena gotong royong membasmi denggi.

LAWATAN PEGAWAI PEMULIHCARA KERJA

Share




KUBANG KERIAN - 4HB. NOVEMBER, 2009. Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Salbani bt. Daud, selaku Pegawai Pemulihcara Kerja Hospital Raja Perempuan Sultanah Zainab Kota Bharu Kelantan ke Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK 1. Kunjungan beliau pada hari ini adalah untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini dari segi akademik adik Mohd Firdaus b. Kamaruddin yang telah membuat rawatan di HPSZ1 sejak tahun 2001. Beberapa aktiviti telah diberikan kepada adik Firdaus untuk mengukur tahap kebolehan beliau. Semoga dengan maklumat yang diberikan oleh kami guru-guru disini dapat membantu dalam membuat penilaian terhadap adik Firdaus. Semoga sama-sama mendapat manafat yang terbaik dan keberkatan yang berpanjangan hndaknya..........

Wednesday, October 14, 2009

HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS SKKK 1 - 2009

Share
Peyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1 kepada En. Nilman b. Hj. Othman (Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan)
Semua Guru dan kakitangan SKKK 1 turut hadir memeriahkan majlis.

Guru Besar (Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh) dan Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan (En. Nilman b. Hj. Othman) bersama murid-murid yang diraikan Hari Lahirnya sedang bersedia untuk memotong Kek Sambutan Hari Lahir.


Kerja-kerja persiapan tempat sebelum majlis bermula sedang dijalankan oleh semua guru dan PPM di Unit Pendidikan Khas SKKK 1 bagi melancarkan majlis yang dirancang.

Pembantu Pengurusan Murid sedang membuat persiapan membungkus sebahagian hadiah dan cenderahati yang diberikan kepada murid-murid Pendidikan Khas yang diraikan.

Sijil Penghargaan yang diberikan kepada para ibu bapa dan orang perseorangan yang memberi sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas dalam menjayakan sambutan Hari Lahir yang diadakan sebelum ini. Terima kasih dari kami, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan yang berpanjangan hendaknya.

Buku Program Hari Keluarga Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1- 2009

14 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Majlis Hari Keluarga Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1 telah diadakan dengn lancar dan jayanya pada hari ini. Majlis ini turut melibatkan semua ibubapa murid Pendidikan Khas, Pra Integrasi dan murid OKU aliran perdana. Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran Pegawai Pendidikan khas dari JPN Kelantan turut serta untuk memeriahkan majlis. Seterusnya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dan ucapan ringkas dari En. Nilman b. Hj. Otman (Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan). Upacara memotong kek bagi murid-murid yang lahir dalam bulan Julai - Disember seterusnya jamuan makan bagi semua yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Pendidikan Khas, dimulakan dengan Selawat oleh adik Nur Batrisyia b. Mohd Hafiz (Pra Integrasi), laungan azan oleh adik Ahmad Fawwaz b. Suhaimi dan adik Mohd Shahriel b. Mohd Noor (secara spontan tanpa dirancang), menghias ibu dan bapa (terbuka kepada semua murid dan ibubapa). Majlis diteruskan lagi dengan peyampaian bahan bantu mengajar kepada murid yang layak. Bahan bantu mengajar ini telah disumbangkan oleh Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja. Dalam majlis yang sama turut disampaikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada ibubapa atau orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas dalam tahun 2009. Diakhir majlis, disampaikan hadiah hari lahir kepada semua murid, guru dan PPM yang lahir dalam bulan Julai - Disember. Alhamdulillah Majlis yang dirancang selama bebererapa minggu berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Koleksi Gambar dan laporan penuh akan menyusur selepas ini,,,,

Monday, October 12, 2009

SELAMAT DATANG,,,SELAMAT BERPRAKTIKUM

Share

12 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Selamat Datang dan Selamat Menjalani Latihan Praktikum buat Pn. Nurul Ayuni bt. Azmi (SK. RAJA CHULAN IPOH) dan Pn. Suhaili bt. Tajul Hushin (SK. SRI KERIAN PARIT BUNTAR, PERAK). Beliau sedang mengikuti kursus KDP 14 Minggu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Institut Perguruan Malaysia Kampus Kota Bharu Kelantan. Beliau akan menjalani latihan praktikum di SKKK 1, selama 2 minggu bermula 11hb. Oktober, 2009 hingga 22hb. Oktober, 2009. Sehubungan dengan itu seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Menjalani Latihan Praktikum di sekolah kami. Apa yang baik itu datangnya dari pencipta dan yang lemah serta kurang itu atas kelemahan kami sendiri. Semoga mendapat banyak manafaat dan ilmu selama dua minggu berada disini,,,,

PK PENDIDIKAN KHAS DAPAT BABY LAGI....TAHNIAH...

Share
12 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Syukur pada yang Esa dan Tahniah diucapkan kepada keluarga PK Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat dan isteri Pn. Suzi bt. Ahmad atas kelahiran cahaya mata ke 4 pada 8hb. Oktober, 2009 di Hospital Universiti Kubang Kerian. Kelahiran puteri yang ke empat ini melengkapkan 2 pasang cahaya mata, 2 putera dan 2 puteri. Sehingga hari ini puteri yang baru dilahirkan belum diberi nama yang sesuai lagi. Seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Tahniah, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan yang berpanjangan hendaknya. Amin,,,,,,,,,

Wednesday, October 7, 2009

NOTIS JEMPUTAN KE MAJLIS HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS SKKK 1

Share
7HB. OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Sukacita dimaklumkan, satu Majlis Hari Keluarga Pendidikan Khas SKKK 1, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Lahir Murid PKBP, Pra Integrasi dan murid OKU SKKK 1 (Julai - Disember) akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 14hb. Oktober, 2009
Masa : 9.30 pagi - 12.45 tengahari
Tempat : Dewan MCN SKKK 1
Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa murid-murid PKBP, Pra Integrasi dan murid OKU SKKK 1, dijemput hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Semoga majlis yang dirancangkan ini akan lebih meriah dengan kehadiran semua ahli keluarga murid-murid yang terlibat. Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Share





30 SEPTEMBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 peringkat sekolah telah diadakan dengan suasana yang begitu merian pada 30hb. September, 2009. Majlis dimulakan dengan ucapan Hari Raya oleh Guru Besar (Tn. Hj. Mohamad b. Che Noh), Wakil setiap panitia. Seterusnya peyampaian duit raya kepada semua murid SKKK 1 termasuk murid Pendidikan Khas Masalah Pembelakaran yang disampaikan oleh PK Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat. Tepat jam 9.30 pagi murid-murid berkumpul di kelas masing-masing dan menikmati juadah bersama rakan sekelas serta guru kelas. Manakala semua kakitangan sekolah menikmati juadah Aidilfitri di Dewan MCN. Semua warga sekolah dan mereka yang berurusan di SKKK 1 pada hari tersebut dijemput menikmati juadah yang disediakan. Seluruh warga sekolah begitu gembira dan meriah sekali dengan sambutan Aidilfitri yang diadakan pada tahun ini.

Sunday, September 27, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Share




27hb. September 2009 - KUBANG KERIAN. Tanggal 22hb. September, 2009 bersamaan Hari Raya Aidilfitri ke 3, sahlah Cikgu Hazlina bt. Hussin (GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS) memegang status seorang isteri dengan pilihan hatinya Md. Kamarudin b. Harun. Seluruh warga sekolah dan Kelas Pendidikan Khas mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dengan diiringi doa moga berkekalan hingga ke akhirnya. Moga menjadi seorang isteri yang solehah,,,,

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI

Share

20 September, 2009 tanda kemenangan umat islam menunaikan ibadat puasa selama satu bulan dan patuh pada suruhanNYA. Salam Aidilfitri kepada semua murid/ibubapa, guru, rakan taulan, sahabat, para pengunjung dan semua umat islam walau dimana berada. Ada ketikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur bicara, fikiran silap mentafsir dan hati salah menduga. Semoga Allah memberi berkat, melimpahi rahmat, dimurahkan rezeki, dan dipanjangkan umur. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kami Warga Pendidikan Khas SKKK 1. Selamat berbahagia dan bergembira dihari mulia ini dan tidak lupa pada yang memerlukannya,,,insyallah panjang umur, murah rezeki jumpa lagi di tahun hadapan.

Wednesday, September 16, 2009

SALAM PERPISAHAN ,,,,

Share
Bergambar kenangan bersama guru pembimbing En. Harizan b. Hamid

Bergambar bersama sedikit cendemata tanda kenangan sepanjang masa

Sedang mendengar pesanan atau amanat terakhir dari Tn. Guru Besar SKKK 1

Bergambar kenangan bersama Tn. Guru Besar, PK Pendidikan Khas, Guru Pembimbing dan semua guru Praktikum IPGM KB

16 SEPTEMBER 2009 - KUBANG KERIAN. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya, setiap pertemuan pasti hadir perpisahannya. Begitulah dengan guru-guru praktikum IPGM KB yang menamatkan latihan praktikumnya di SKKK 1 pada hari ini. Beliau ialah En. Mohd Anuar, Pn. Zarina dan Pn. Zaliha (Menjalani praktikum di kepas Pendidikan Khas - PKBP), En. Redzhuan dan En. Suhaili di kelas arus perdana. Dikesempatan yang ada pada hari ini, satu amanat atau pesanan ringkas telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1 kepada guru-guru praktikum di bilik beliau, sebagai satu panduan atau pedoman apabila bergelar guru suatu hari nanti, insyaallah. Antara pesanan yang disampaikan, supaya mereka yang menamatkan latihan praktikum pada hari ini dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu atau pengalaman selama berada di SKKK 1. Pengalaman yang baik boleh dijadikan panduan, manakala yang kurang itu jadikan sebagai pedoman atau tinggalkan saja. Berpesan agar dapat menjaga atau memartabatkan profesion perguruan ini sentiasa berada diatas dan menjaga nama baiknya sepanjang masa. Tn Guru Besar juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kerana telah menyumbangkan banyak tenaga sepanjang menjalani latihan di SKKK 1. Lukisan Mural di dinding-dinding sekolah akan menjadi kenangan sepanjang masa. Oleh itu kami warga SKKK 1 amnya dan PKBP khasnya mengucapkan selamat menerima tawaran penempatan dan ingatlah sentiasa bahawa "SELANGKAH GURU MELANGKAH, SEJUTA MATA MEMANDANG" oleh itu jadilah guru yang sesuai dengan kemurnian nama seorang GURU. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami warga Pendidikan Khas SKKK 1.

TAKLIMAT RINGKAS PK PENDIDIKAN KHAS

Share

16 SEPTEMBER, 2009 - KUBANG KERIAN - PKBP SKKK 1 . Satu taklimat ringkas daripada PK Pendidikan Khas kepada semua guru-guru PKBP telah diadakan dibilik Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran pada jam 10.25 pagi. Antara intipati yang dibincangkan dalam taklimat tersebut ialah :-

1. Makluman untuk semua, permohonan pertukaran guru Pendidikan Khas boleh dibuat secara ON-LINE sehingga 30hb. Septembr, 2009.

2. Buku akaun murid perlu disimpan oleh pihak guru, seperti pekeliling yang telah diedarkan oleh Kmenterian Pelajaran Malaysia.

3. Permohonan elaun murid khas boleh dibuat secara tetap 3 bulan sekali bagi murid baru sahaja.

4. Permohonan murid ke sekolah menengah perlu diisi secara ON-LINE. Cikgu Mohd Ruiz diminta uruskan perkara ini.

5. Warga Pendidikan Khas akan bergambar untuk majalah sekolah pada 29hb. September, 2009. S'U diminta keluarkankan surat makluman kepada semua murid PKBP.

6. Perbincangan program Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Hari Lahir (Julai - Disember) dan peyampaian sumbangan bahan bantu mengajar kepada murid yang layak dari Royal Club Selanggor yang dijangka akan diadakan pada 15hb. Oktober, 2009.

7. Pembentukan Kelab Guru Pendidikan Khas SKKK 1, dengan kutipan yuran RM120 setahun. Tabung yang diwujudkan ini akan digunakan untuk kebajikan warga PKBP.
Dalam majlis yang sama, guru-guru praktikum IPGM KB turut menyampaikan sedikit cendemata kepada kelas Pendidikan Khas sempena hari terakhir mereka menjalani latihan praktikum selama 3 bulan di kelas PKBP. Pn. Zainab bt. Abd. Rahman selaku ketua Panitia PKBP menerima cendemata tanda ingatan untuk selamanya.


Taklimat ditamatkan pada jam 11.30 pagi.

CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Share
16 SEPTEMBER 2009 - KUBANG KERIAN. Makluman dan perhatian kepada semua ibubapa/penjaga murid-murid Pendidikan Khas, SKKK 1 amnya, dimaklumkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009, SKKK 1 akan mula bercuti pada 17 September, 2009 hingga 26 September, 2009. Sekolah akan dibuka semula pada 27 September, 2009. Sehubungan dengan itu kami warga sekolah dan warga PKBP khasnya mengucapkkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN'

Monday, September 14, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Share
Adik Rj. Md Baihaqi bersama bapanya semasa menyertai rombongan menjelajah Selatan Kelantan pada 18hb. Ogos, 2009

14 SEPTEMBER 2009 - KUBANG KERIAN. Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan serta mendoakan "semoga cepat sembuh" kepada adik Raja Mohd Baihaqi b. Raja Baharuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 13hb. Sept. 2009 kerana masalah kesihatan. Sehingga artikel ini ditulis, difahamkan pihak doktor belum mengesahkan lagi penyakit beliau yang kelihatan agak sembab sejak dua minggu lepas. Beliau ditempatkan di wad 6Utara. Oleh itu besarlah harapan semoga kita semua dapat memanjatkan doa dibulan mulia ini untuk beliau agar cepat sembuh dan dapat menyambut Aidilfitri dengan gembira. Seluruh warga sekolah amnya dan seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1 mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau serta memohon kemaafan andainya tersalah bicara semasa mengajar dan mendidik beliau. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari yang maha pencipta dan yang lemah serta kurang itu dari pihak kami sendiri. Bagi yang mempunyai kesempatan, bolehlah melawat beliau di Wad 6Utara USM Kubang Kerian, sesungguhnya kesejahteraan dan kesihatan hanya milik DIA yang empunya dan kita sebagai manusia yang lemah hanya mampu merancang ,,,,,,

Wednesday, September 9, 2009

BERSYUKUR ATAS NIKMATNYA,,,

Share
Seramai 10 orang murid Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dan 2 orang murid Pra Integrasi SKKK 1 telah menerima jemputan untuk menerima wang zakat seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 10hb. Sept. 2009
Tempat : Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK)
Masa : 9.30 pagi

Senarai Nama Murid Terlibat adalah seperti berikut :-

1. MOHD RAMADAN B. MUSTAFA
2. YUZVIEN BT MAT ARIS
3. SITI HAJAR BT. MAT ALI
4. MOHAMAD FIRDAUS B. KAMARUDDIN
5. SITI HAJAR BT. MAT BUNGA
6. RJ. AHMAD BAIHAQI B. RJ BAHARUDIN
7. MUHAMMAD ZULFAHMI KHAIRI B. MOHD ZAKI
8.MUHAMAD ZAINOL IKRAM B. MAT ZAIN
9. MOHD AQIL AIMAN B. GHAZALI SU (PRA INTEGRASI)
10. WAN NUR SYUHADA BT. WAN OTHMAN (PRA INTEGRASI)
11.MOHAMAD SHAMSUL B. ABDUL AZIZ
12. NUR HAZIQAH BT. MUSTAPHA

Terima kasih kepada para dermawan dan syukur atas rezeki yang dilimpahkan....Semoga sama-sama mendapat keberkatan untuk selamanya,,,,,,

Monday, September 7, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009

Share

Majlis restu ilmu yang diadakan pada pagi Ahad menandakan peperiksaan UPSR akan menyusur, oleh itu "Selamat menjawab dan selamat menduduki peperiksaan UPSR" pada 8, 9 dan 10 Sept. 2009 buat semua murid tahun 6 SKKK 1 khasnya dan semua murid 6 seluruh Malaysia. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Kami guru-guru PKhas walaupun tidak mengajar secara langsung, namun iringan doa sering dipanjatkan untuk kecemerlangan bersama,,,,Semoga memperolehi kerahmatan di bulan yang mulia ini,,,,,

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

Share
Tema : "KEDEWASAAN BERNEGARA"
Salam Sejahtera, Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan. Kami seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1, ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52" yang akan disambut pada 31hb. Ogos, 2009 (Isnin) kepada seluruh rakyat Malaysia walau dimana sahaja berada.
"KEDEWASAAN BERNEGARA" sebagai tema menyambut tempoh suku abad negara merdeka lagi berdaulat adalah tepat selaras dengan "kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan. (dipetik daripada sumber Web Kementerian Kebudayaan, belia dan Sukan)
Semoga ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini mendapat lebih keberkatan sempena kehadiran bulan Ramadhan yang Barakah ini. Amin,,,,
Related Posts with Thumbnails