SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Wednesday, April 22, 2009

SYUKUR DI ATAS NIKMATNYA......

Share










Setelah sekian lama menanti kelas PKBP agar sedikit selesa, akhirnya terlaksana jua. Baik pulih kelas PKBP akhirnya siap hampir 90%. Sehingga artikel ini ditulis semua baikpulih telah siap kecuali pemasangan tingkap sahaja. Selepas baik pulih kelas PKBP semakin selesa, anak-anak ceria menerima kelas yang nampak lebih kemas. Maka sekarang, tibalah masa guru-guru bersama PPM bertungkus lumus untuk menceriakannya pula. Syukur pada yang ESA. Alhamdulilah....

SEMINAR DISLEKSIA - KEMARAU BERPANJANGAN

Share









Satu seminar Disleksia - Kemarau Berpanjangan telah diadakan di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian pada Isnin 13hb. April, 2009, dianjurkan oleh Jabatan Otorinolaringologi -HNS Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dengan kerjasama Peserta-peserta Kursus Guru Peripatetik Keperluan Khas, USM-BPK, KPM.Unit Pendidikan Khas SKKK 1 telah menghantar seorang wakil guru untuk menyertai seminar tersebut. Seminar satu hari ini banyak memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya dalam aspek pengesanan dan pengendalian kanak-kanak atau remaja yang mengalami disleksia. Antara topik yang dibincangkan dalam seminar tersebut ialah Peranan Guru dan Ibu Bapa (oleh Tn. Syed Abdullah b. Syed Kamaruddin, Unit Disleksia/Pemulihan Khas - BPK, KPM), Mengenalpasti Simptom-simptom Disleksia (oleh Prof Dr. Zabidi Azhar b. Mohd Hussin), Pegendalian Kanak-kanak Disleksia secara Psikologi (oleh Dr. Azizah bt. Othman), Pendekatan Pemulihan Disleksia dari aspek pemulihan carakerja (oleh En. Asri b. Dollah) Peranan Patologi Pertuturan dalam Menangani Kanak-kanak Disleksia (oleh Cik Azlinda bt. Abd. Ghani) Penglibatan Kerajaan dan NGO (oleh Dr. Aziz b. Abu Hassan) serta di akhir seminar Forum Multidisciplinary Approach (Moderator - Profesor Dr. Dinsuhaimi b. Sidek).

SARINGAN MASALAH PENGAMATAN MURID

Share
Sekalung Ucapan Selamat datang ke SKKK 1 buat Encik Mohamad Ilmee b. Mohamad Zin (Penolong Pengarah Pemulihan Khas) dari Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPN Negeri Kelantan pada 7hb. April, 2009. Tujuan lawatan beliau ke SKKK 1 adalah untuk menyaring masalah pengamatan murid-murid Pemulihan Khas tahun 2 yang dikhuatiri mengalami masalah dalam 3M serta mempunyai masalah kognitif. Saringan ini dibuat agar dapat dikenalpasti lebih awal untuk memulihkan mereka agar dapat belajar di arus perdana seperti biasa. Terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa bersama guru-guru dan murid-murid SKKK 1 untuk memperolehi yang terbaik dalam semua aspek.

Wednesday, April 1, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

Share
Seluruh warga PKBP SKKK 1 mengucapkan selamat bertugas dan bertukar ke sekolah baru buat Pn. Rosmini bt. Mohd Noor (Pembantu Pengurusan Murid) yang bertukar ke SMK Kota pada 1hb. April, 2009. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di tempat baru. Segala pengalaman, pengorbanan, pertolongan serta suka duka di SKKK 1, sentiasa dalam ingatan dan terima kasih untuk segalanya,,,Tahniah dari kami warga PKBP SKKK 1.

MENGENAL PASTI MURID PKBP

Share






Satu bentuk program atau pemeriksaan menyeluruh yang dipanggil Latihan Klinikal Guru Peripatetik Keperluan Khas untuk mengenal pasti murid PKBP di kelas arus perdana telah diadakan di SKKK 1 pada 25hb. Mac, 2009. Program ini telah dijalankan oleh sekumpulan guru-guru yang sedang menjalani latihan praktikum bagi Kursus Guru Peripatetik dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Kubang Kerian. Hasil dari pemeriksaan yang dijalankan, didapati 2 orang murid SKKK 1 adalah layak untuk ditempatkan dikelas PKBP. Murid yang terlibat akan diberi rawatan yang sewajarnya di Hospital USM Kubang Kerian mengikut masalah yang dihidapi.

Related Posts with Thumbnails