SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN,,,,

Share





KUBANG KERIAN - 17HB. NOVEMBER, 2009. Selamat meneruskan persekolahan peringkat menengah buat 3 orang murid PKBP SKKK 1 yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun 2010. Mereka yang terlibat ialah adik Siti Hajar bt. Mat Ali, adik Ahmad Aufa b. Abd. Halim dan adik Ikmal Hafiz b. Ghazali. Pemergian mereka bertiga akan meninggalkan seribu kenangan buat kami pendidik yang setelah sekian lama bersama mereka selama ini. Kami tidak akan dapat lagi memujuk adik Siti Hajar yang sememangnya juara dalam bab merajuk dan masuk kelas mengikut kesukaannya bukan mengikut jadual yang sepatutnya. Kami tidak akan lagi mendengar cakap ajuk dari adik Hafiz dan kami juga tidak akan lagi bercakap berulang kali perkara yang sama kepada adik Aufa kerana sememangnya jika cikgu bertanya 10 soalan kepada adik Aufa, 1 soalan pun belum tentu dijawab olehnya yang begitu pendiam dan pemalu. Walau apapun keadaanya kenangan tetap dalam ingatan dan kehadiran mereka sememangnya mengembirakan kami, tidak ada perasaan kesal dan marah dengan sikap dan tingkah lakunya. Oleh itu kami di sini sentiasa mendoakan agar mereka dapat meneruskan persekolahannya dengan jayanya. Segala ilmu yang diberikan telah dihalalkan oleh kami dan semoga diberi kesihatan, rezeki dan keberkatan yang berpanjangan olehNYA,,,,Jika dipanjangkan usia jumpa lagi dilain masa dan ketika,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails