SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Wednesday, October 14, 2009

HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS SKKK 1 - 2009

Share
Peyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1 kepada En. Nilman b. Hj. Othman (Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan)
Semua Guru dan kakitangan SKKK 1 turut hadir memeriahkan majlis.

Guru Besar (Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh) dan Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan (En. Nilman b. Hj. Othman) bersama murid-murid yang diraikan Hari Lahirnya sedang bersedia untuk memotong Kek Sambutan Hari Lahir.


Kerja-kerja persiapan tempat sebelum majlis bermula sedang dijalankan oleh semua guru dan PPM di Unit Pendidikan Khas SKKK 1 bagi melancarkan majlis yang dirancang.

Pembantu Pengurusan Murid sedang membuat persiapan membungkus sebahagian hadiah dan cenderahati yang diberikan kepada murid-murid Pendidikan Khas yang diraikan.

Sijil Penghargaan yang diberikan kepada para ibu bapa dan orang perseorangan yang memberi sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas dalam menjayakan sambutan Hari Lahir yang diadakan sebelum ini. Terima kasih dari kami, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan yang berpanjangan hendaknya.

Buku Program Hari Keluarga Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1- 2009

14 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Majlis Hari Keluarga Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1 telah diadakan dengn lancar dan jayanya pada hari ini. Majlis ini turut melibatkan semua ibubapa murid Pendidikan Khas, Pra Integrasi dan murid OKU aliran perdana. Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran Pegawai Pendidikan khas dari JPN Kelantan turut serta untuk memeriahkan majlis. Seterusnya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dan ucapan ringkas dari En. Nilman b. Hj. Otman (Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan). Upacara memotong kek bagi murid-murid yang lahir dalam bulan Julai - Disember seterusnya jamuan makan bagi semua yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Pendidikan Khas, dimulakan dengan Selawat oleh adik Nur Batrisyia b. Mohd Hafiz (Pra Integrasi), laungan azan oleh adik Ahmad Fawwaz b. Suhaimi dan adik Mohd Shahriel b. Mohd Noor (secara spontan tanpa dirancang), menghias ibu dan bapa (terbuka kepada semua murid dan ibubapa). Majlis diteruskan lagi dengan peyampaian bahan bantu mengajar kepada murid yang layak. Bahan bantu mengajar ini telah disumbangkan oleh Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja. Dalam majlis yang sama turut disampaikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada ibubapa atau orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas dalam tahun 2009. Diakhir majlis, disampaikan hadiah hari lahir kepada semua murid, guru dan PPM yang lahir dalam bulan Julai - Disember. Alhamdulillah Majlis yang dirancang selama bebererapa minggu berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Koleksi Gambar dan laporan penuh akan menyusur selepas ini,,,,

Monday, October 12, 2009

SELAMAT DATANG,,,SELAMAT BERPRAKTIKUM

Share

12 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Selamat Datang dan Selamat Menjalani Latihan Praktikum buat Pn. Nurul Ayuni bt. Azmi (SK. RAJA CHULAN IPOH) dan Pn. Suhaili bt. Tajul Hushin (SK. SRI KERIAN PARIT BUNTAR, PERAK). Beliau sedang mengikuti kursus KDP 14 Minggu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Institut Perguruan Malaysia Kampus Kota Bharu Kelantan. Beliau akan menjalani latihan praktikum di SKKK 1, selama 2 minggu bermula 11hb. Oktober, 2009 hingga 22hb. Oktober, 2009. Sehubungan dengan itu seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Menjalani Latihan Praktikum di sekolah kami. Apa yang baik itu datangnya dari pencipta dan yang lemah serta kurang itu atas kelemahan kami sendiri. Semoga mendapat banyak manafaat dan ilmu selama dua minggu berada disini,,,,

PK PENDIDIKAN KHAS DAPAT BABY LAGI....TAHNIAH...

Share
12 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Syukur pada yang Esa dan Tahniah diucapkan kepada keluarga PK Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat dan isteri Pn. Suzi bt. Ahmad atas kelahiran cahaya mata ke 4 pada 8hb. Oktober, 2009 di Hospital Universiti Kubang Kerian. Kelahiran puteri yang ke empat ini melengkapkan 2 pasang cahaya mata, 2 putera dan 2 puteri. Sehingga hari ini puteri yang baru dilahirkan belum diberi nama yang sesuai lagi. Seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Tahniah, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan yang berpanjangan hendaknya. Amin,,,,,,,,,

Wednesday, October 7, 2009

NOTIS JEMPUTAN KE MAJLIS HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS SKKK 1

Share
7HB. OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Sukacita dimaklumkan, satu Majlis Hari Keluarga Pendidikan Khas SKKK 1, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Lahir Murid PKBP, Pra Integrasi dan murid OKU SKKK 1 (Julai - Disember) akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 14hb. Oktober, 2009
Masa : 9.30 pagi - 12.45 tengahari
Tempat : Dewan MCN SKKK 1
Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa murid-murid PKBP, Pra Integrasi dan murid OKU SKKK 1, dijemput hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Semoga majlis yang dirancangkan ini akan lebih meriah dengan kehadiran semua ahli keluarga murid-murid yang terlibat. Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Share





30 SEPTEMBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 peringkat sekolah telah diadakan dengan suasana yang begitu merian pada 30hb. September, 2009. Majlis dimulakan dengan ucapan Hari Raya oleh Guru Besar (Tn. Hj. Mohamad b. Che Noh), Wakil setiap panitia. Seterusnya peyampaian duit raya kepada semua murid SKKK 1 termasuk murid Pendidikan Khas Masalah Pembelakaran yang disampaikan oleh PK Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat. Tepat jam 9.30 pagi murid-murid berkumpul di kelas masing-masing dan menikmati juadah bersama rakan sekelas serta guru kelas. Manakala semua kakitangan sekolah menikmati juadah Aidilfitri di Dewan MCN. Semua warga sekolah dan mereka yang berurusan di SKKK 1 pada hari tersebut dijemput menikmati juadah yang disediakan. Seluruh warga sekolah begitu gembira dan meriah sekali dengan sambutan Aidilfitri yang diadakan pada tahun ini.

Related Posts with Thumbnails