16 SEPTEMBER 2009 - KUBANG KERIAN. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya, setiap pertemuan pasti hadir perpisahannya. Begitulah dengan guru-guru praktikum IPGM KB yang menamatkan latihan praktikumnya di SKKK 1 pada hari ini. Beliau ialah En. Mohd Anuar, Pn. Zarina dan Pn. Zaliha (Menjalani praktikum di kepas Pendidikan Khas - PKBP), En. Redzhuan dan En. Suhaili di kelas arus perdana. Dikesempatan yang ada pada hari ini, satu amanat atau pesanan ringkas telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1 kepada guru-guru praktikum di bilik beliau, sebagai satu panduan atau pedoman apabila bergelar guru suatu hari nanti, insyaallah. Antara pesanan yang disampaikan, supaya mereka yang menamatkan latihan praktikum pada hari ini dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu atau pengalaman selama berada di SKKK 1. Pengalaman yang baik boleh dijadikan panduan, manakala yang kurang itu jadikan sebagai pedoman atau tinggalkan saja. Berpesan agar dapat menjaga atau memartabatkan profesion perguruan ini sentiasa berada diatas dan menjaga nama baiknya sepanjang masa. Tn Guru Besar juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kerana telah menyumbangkan banyak tenaga sepanjang menjalani latihan di SKKK 1. Lukisan Mural di dinding-dinding sekolah akan menjadi kenangan sepanjang masa. Oleh itu kami warga SKKK 1 amnya dan PKBP khasnya mengucapkan selamat menerima tawaran penempatan dan ingatlah sentiasa bahawa "SELANGKAH GURU MELANGKAH, SEJUTA MATA MEMANDANG" oleh itu jadilah guru yang sesuai dengan kemurnian nama seorang GURU. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami warga Pendidikan Khas SKKK 1.
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Wednesday, September 16, 2009
SALAM PERPISAHAN ,,,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah kepada semua bakal2 guru..
Bersedialah, kerja guru nie tak menentu kena dinamik dan pandai sesuaikan diri mengikut keadaan.
*cepat la masuk sekolah buat sesuatu untuk PPKI
Post a Comment