14 OKTOBER, 2009 - KUBANG KERIAN. Majlis Hari Keluarga Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1 telah diadakan dengn lancar dan jayanya pada hari ini. Majlis ini turut melibatkan semua ibubapa murid Pendidikan Khas, Pra Integrasi dan murid OKU aliran perdana. Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran Pegawai Pendidikan khas dari JPN Kelantan turut serta untuk memeriahkan majlis. Seterusnya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dan ucapan ringkas dari En. Nilman b. Hj. Otman (Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan). Upacara memotong kek bagi murid-murid yang lahir dalam bulan Julai - Disember seterusnya jamuan makan bagi semua yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Pendidikan Khas, dimulakan dengan Selawat oleh adik Nur Batrisyia b. Mohd Hafiz (Pra Integrasi), laungan azan oleh adik Ahmad Fawwaz b. Suhaimi dan adik Mohd Shahriel b. Mohd Noor (secara spontan tanpa dirancang), menghias ibu dan bapa (terbuka kepada semua murid dan ibubapa). Majlis diteruskan lagi dengan peyampaian bahan bantu mengajar kepada murid yang layak. Bahan bantu mengajar ini telah disumbangkan oleh Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja. Dalam majlis yang sama turut disampaikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada ibubapa atau orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas dalam tahun 2009. Diakhir majlis, disampaikan hadiah hari lahir kepada semua murid, guru dan PPM yang lahir dalam bulan Julai - Disember. Alhamdulillah Majlis yang dirancang selama bebererapa minggu berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Koleksi Gambar dan laporan penuh akan menyusur selepas ini,,,,
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Wednesday, October 14, 2009
HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS SKKK 1 - 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalammualaikom.
majlis dihadiri pegawai JPN. mesti besar majlis, tahniah kepada guru2 yang terbabit dan ppm
Nak kata besar sangat tu taklah jugak, tapi gara-gara majlis tersebut rasa macam tak kena duduk dibuatnya,,,,alhamdullilah semuanya telah selesai dan berjalan seperti yang dirancang.syukur,,,,
Post a Comment