SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

Share
Tema : "KEDEWASAAN BERNEGARA"
Salam Sejahtera, Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan. Kami seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1, ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52" yang akan disambut pada 31hb. Ogos, 2009 (Isnin) kepada seluruh rakyat Malaysia walau dimana sahaja berada.
"KEDEWASAAN BERNEGARA" sebagai tema menyambut tempoh suku abad negara merdeka lagi berdaulat adalah tepat selaras dengan "kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan. (dipetik daripada sumber Web Kementerian Kebudayaan, belia dan Sukan)
Semoga ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini mendapat lebih keberkatan sempena kehadiran bulan Ramadhan yang Barakah ini. Amin,,,,

Thursday, August 20, 2009

MAJLIS KESYUKURAN GURU PRAKTIKUM IPGM KAMPUS KOTA BHARU

Share
Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan Pra Integrasi sedang menikmati jamuan yang dihidangkan.

Semua Warga Pendidikan Khas meraikan Ulang Tahun Kelahiran adik Naslish. Tahniah dan selamat panjang umur serta dimurahkan rezeki bersama,,, amin

Guru-guru Praktikum IPGM Kampus Kota Bahru bergambar kenangan dengan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Pendidikan Khas


20 OGOS 2009 - KUBANG KERIAN. Satu majlis kesyukuran guru-guru praktikum IPGM Kampus Kota Bharu telah diadakan di kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK 1. Majlis ini diadakan lebih awal memandangkan bulan ramadhan akan tiba selepas sesi persekolahan dibuka nanti. Semua murid, guru PKBP dan pentadbir turut memeriahkan majlis ini. Guru-guru praktikum yang terlibat mula menjalani latihan praktikum di Kelas Pendidikan Khas sejak pertengahan Julai dan berakhir pada September ini. Syukur dan terima kasih dari kami warga Pendidikan Khas atas jamuan ini dan semoga mendapat keberkatan hendaknya. Semoga latihan praktikum yang dijalankan disini mendapat banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman agar dapat digunakan sebaik mungkin apabila bergelar guru suatu hari nanti. Apa yang baik datangnya dari Pencipta dan yang lemah serta kurang itu lahir dari diri kami sendiri. Dalam majlis yang sama, sambutan ulang tahun kelahiran salah seorang murid Pendidikan Khas turut diadakan. Upacara memotong kek hari lahir yang telah disediakan oleh keluarga adik Naslish. Seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Selamat Ulang Tahun Ke 8 buat adik Nur Seri Naslih, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Amin,,,,,

PROGRAM SIMULASI KEBAKARAN BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI KELANTAN

Share
Murid-murid Pendidikan Khas dan Pra Integrasi mengambil tempat berkumpul di padang sekolah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Syabas buat mereka,,,,,


Api kebakaran sedang di padamkan oleh sepasukan bomba dan penyelamat Negeri Kelantan



Seorang pegawai bomba dan penyelamat Negeri Kelantan menunjukkan cara yang betul memadam api kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.

20 OGOS 2009 - KUBANG KERIAN . Satu latihan simulasi kebakaran anjuran Unit Rescue S3K1 SKKK 1 bersama pihak bomba telah diadakan pada jam 9.00 pagi. Apabila loceng kecemasan di bunyikan seluruh warga SKKK 1 diarah untuk mengosongkan bangunan dan berkumpul dipadang sekolah. Tidak ketinggalan murid-murid PKBP turut terlibat dalam simulasi ini. Seterusnya sepasukan bomba dan penyelamat Kota Bharu datang dan memadamkan simulasi api yang telah dinyalankan. Sejurus selepas itu pasukan bomba dan penyelamat memberi sedikit taklimat ringkas tentang cara-cara untuk memadamkan api dengan menggunkan alat pemadam api. Simulasi yang dilakukan hari ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada semua warga SKKK 1 untuk bertindak dengan bijak dan teratur apabila berlaku sebarang kecemasan atau kebakaran. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan atas kerjasama merealisasikan program simulasi kebakaran ini.

Wednesday, August 19, 2009

LAWATAN MENJELAJAH SELATAN KELANTAN

Share
Guru Besar SKKK 1 sedang menyarungkan tanda nama kepada adik Yuzvien sebagai simbolik pelepasan untuk Program Menjelajah Selatan Kelantan

Para peserta rombongan sedang beratur untuk menaiki keretapi dari Setsen Wakaf Baru ke Stesen Kuala Krai

Peserta Rombongan Selamat sampai ke SK Lata Rek


Peserta Rombongan dihidangkan dengan makan tengahari oleh Warga SK. Lata Rek.

PK Pendidikan Khas menyampaikan sedikit cenderamata kepada warga SK Lata Rek sebagai tanda ingatan dan terima kasih. PK Pentadbiran SK Lata Rek (En. Nik Md Hussain b. Nik Ibrahim) menerima cenderamata sebagai wakil pihak sekolah Lata Rek
18 OGOS 2009 - KUBANG KERIAN.
SYUKUR ALHAMDULLILAH, program Menjelajah Selatan Kelantan untuk anak-anak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pra Integrasi dan anak-anak OKU SKKK 1 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program dimulakan dengan pelepasan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1, menaiki bas ke Stesen Keretapi Wakaf Baru, menaiki keretapi ke Stesen Keretapi Kuala Krai, seterusnya menaiki bas ke SK Lata Rek, berehat, makan tengahari, solat dan bersihkan diri dan seterusnya menaiki bas semula pulang ke SKKK 1. Sepanjang program berjalan kelihatan murid-murid dan ibu bapa begitu gembira kerana hampir kesemua yang menyertai rombongan ini tidak pernah menaiki keretapi. Adanya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memberi seribu pengalaman indah untuk mereka dan menjadi ingatan kepada murid-murid khususnya. Sepanjang program berjalan kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 khususnya dan seluruh warga SKKK 1 mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhigga kepada SK Lata Rek kerana sudi menerima kunjungan kami serta bermurah hari menjamu kami dengan makan tengahari dan bekalan minum petang, semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan selamanya. Terima kasih juga ditujukan kepada Syarikat Keretapi Tanah Melayu Bhd. kerana menyediakan gerabak khas untuk rombongan kami dan memberi tambang separuh harga untuk rombongan kami serta terima kasih juga kepada ibubapa kerana dapat meluangkan masa untuk anak masing-masing dalam menjayakan program yang dijalankan seterusnya terima kasih kepada semua yang turut terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Panjang umur, lain masa dan lain ketika kita akan sama-sama melaksankan program yang dapat memberi manafaat kepada semua anak didik Pendidikan Khas SKKK 1.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat belajar dan memberi satu situasi pembelajaran yang baru, membina keyakinan diri dan keberanian bagi mewujudkan sikap berdikari di dalam setiap diri murid, memupuk semangat untuk belajar bermasyarakat, berkomunikasi denan masyarakat dan rakan-rakan sebaya serta mewujudkan semangat bekerjasama dalam kumpulan dan memupuk sikap dan nilai positif terhadap alam sekitar serta mendekati dan memahami isu-isu alam sekitar setempat.

SELAMAT DATANG BUAT BAKAL PENDIDIK

Share
Guru-guru yang menjalani LAtihan Berasaskan Sekolah sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh PK Pendidikan Khas

17 OGOS, 2009 - KUBANG KERIAN. Selamat Datang ke SK. Kubang Kerian 1 buat semua bakal guru yang datang menjalani latihan berasaskan sekolah (ROS). Semua bakal guru 16 orang yang datang menjalani ROS di SKKK 1 datang daripada beberapa buah IPGM iaitu IPGM Perempuan Melayu Melaka, IPGM Raja Melewar Negeri Sembilan, IPGM KB Kelantan dan IPGM Darul Aman Kedah (IPDA). Mereka yang terlibat telah diberi taklimat khusus oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, bertempat di Kelas Pra Integrasi pada pukul 11.30 pagi. Dalam penerangan/taklimat yang diberikan, beliau memperkenalkan program dibawah seliaan unit Pendidikan Khas, menerangkan beberapa aktiviti yang kita adakan sepanjang tahun serta maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Selamat Datang, Selamat Menjalani Latihan Berasaskan Sekolah serta timbalah ilmu sebanyak mungkin, agar dapat digunakan setelah bergelar guru suautu hari nanti. Tahniah dan berbanggalah kerana anda bakal menjadi guru. Semoga dapat menjadi guru yang penuh dedikasi setelah dilantik nanti.

Monday, August 3, 2009

TAHNIAH BUAT KELUARGA PN. CIK ROZIAHANI BT. JUSOH - PPM PKBP SKKK 1

Share
29 JULAI 2009 - KUBANG KERIAN. Tahniah dan syukur diucapkan kepada keluarga Pn. Cik Roziahani bt. Jusoh (Pembantu Pengurusan Murid PKBP) kerana selamat melahirkan seorang putera yang ke tiga dan cahaya mata yang ke lima pada hari Rabu, 29hb. Julai 2009 jam 8.30 pagi. Putera yang di kasihi diberi nama Muhammad Saef Adam Rafi b. Ravee Bastian. Seluruh warga PKBP SKKK 1 mengucapkan selamat bercuti dan tahniah, semoga dimurahkan rezeki dan keberkatan hendaknya.

SEMINAR MENINGKATKAN KESEDARAN HYGIENE DAN PENDIDIKAN SEKS DALAM PENGURUSAN ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

Share




28 JULAI 2009 - KUBANG KERIAN. Seminar Meningkatkan Kesedaran HYGIENE dan Pendidikan Seks Dalam Pengurusan Anak-anak Berkeperluan Khas telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Seminar ini telah dianjurkan oleh Jabatan Otorinolaring - HSN Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dan Peserta Kursus Guru Peripatetik Keperluan Khas Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan seminar ini diadakan untuk menggemblengkan tenaga dan idea untuk menangani permasalahan berkenaan kebersihan diri, pendidikan seks dan kesannya. Ia juga adalah satu wacana dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa, penjaga dan guru-guru dalam mengambil langkah keselamatan dalam menguruskan anak-anak keperluan khas. Unit Pendidikan Khas SKKK 1 telah menghantar seorang wakil guru untuk menyertai seminar tersebut. Semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan sepernuhnya dalam pengurusan anak-anak pendidikan khas. Insyallah.
Related Posts with Thumbnails