SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Saturday, April 17, 2010

Terima Kasih..........

Share
Guru Besar meyampaikan cenderamata dari PKBP tanda kenangan kepada mereka berdua


Bergambar kenangan bersama guru besar dan warga Pendidikan Khas
(duduk dari kiri, Cg. Ruiz, Cg. Ibu, Tn. Guru Besar, Cg. Nik, Cg. Harizan dan Cg. Man
berdiri dari kiri Cg. Lina, Cg. Na, Cik Mas (PPM), Pn. Harma (PPM), Cg. Anis, Cg. Nana, Cg. Liza, Cg. Elie dan Cg. Ros manakala tiada dalam gambar, Pn. Lin (PPM), Pn. Zi (PPM) dan Cg. Nor)
Meyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada SKKK 1

Murid-murid menerima cendarahati dari Cikgu Anis dan Cikgu Nana

Kek beruang tanda perpisahan

15hb. April, 2010 - Kubang Kerian. Sekalung ucapan terima kasih dan salam perpisahan buat dua orang guru pelatih IPGM Kota Bharu (mesara di panggil dengan panggilan Cikgu Nana dan Cikgu Anis oleh anak-anak Pendidikan Khas) yang menamatkan latihan mengajarnya hari ini. Sempena hari terakhir mereka di SKKK 1, guru besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh sempat memberi nasihat terakhir kepada mereka dalam memartabatkan lagi profesion perguruan. Mereka juga sempat memberi cenderahati kepada sekolah dan seterusnya semua warga Pendidikan Khas sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Komitmen, kerjasama yang diberikan semasa berada di SKKK 1 tidak akan kami lupakan dan semoga kalian berdua dapat mengambil contoh tauladan yang baik dan kelemahan kami semua harap dapat dimaafkan. Kami warga Pendidikan Khas mengucapkan selamat meneruskan pengajian di IPGM dan semoga kalian dapat menjadi guru yang penuh dedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab yang diamanahkan. Jika diberi kesempatan dan umur yang panjang lain masa dan ketika dapat kita bersua kembali,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails