Guru Besar Bergambar kenangan bersama kakitangan YOKUK, guru praktikum /pensyarah IPGM KB dan jururawat pelatih
Guru besar meyampaikan hadiah kenangan kepada Pn. Norhayati br. Mohd Yunus
Kek Hari Lahir yang ditunggu oleh murid untuk menikmatinya
Tn. Guru Besar mengiringi murid memotong kek hari lahir
Para ibu bapa sedang mendengar taklimat/penerangan daripada pihak YOKUK
Acara sukaneka murid PKBP, walaupun panas acara tetap disertai oleh mereka semua
Acara para ibu, meraut lidi
Acara para bapa, lari dalam plastik sampah. Turut disertai oleh Tn. Guru Besar SKKK 1
14HB. APRIL, 2010 - KOTA BHARU. Majlis sambutan hari lahir dan hari keluarga warga PKBP buat kali pertama bagi tahun 2010 telah dapat diadakan dengan jayanya pada hari ini dengan sambutan yang begitu meriah dan diluar jangkaan. Hampir 95% ibu bapa dapat hadir meluangkan masa bersama anak-anak dan beberapa acara menarik telah diadakan sepanjang majlis tersebut. Majlis yang meriah ini telah diadakan di Pusat Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) Kelantan. Selain sambutan hari lahir murid yang lahir pada Januari - Jun, acara sukaneka murid serta ibubapa turut diadakan dengan ditambah serinya lagi peyertaan daripada Tn. Guru Besar (Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh), seterusnya pihak YOKUK telah memberi penerangan kepada semua ibubapa yang hadir mengenai perkhidmatan yang disediakan di YOKUK dan boleh dinikmati oleh semua warga OKU tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Dalam majlis yang sama, diselitkan juga majlis perpisahan guru pendidikan khas yang telah bertukar ke SK. Tanjung Mas iaitu Pn. Norhayati bt. Mohd Yunus. Manakala para guru dan juga PPM yang menyambut hari lahirnya pada bulan Januari - Jun juga turut menerima hadiah. Secara kesimpulannya majlis yang diadakan pada hari ini berjalan seperti yang dirancang dengan sambutan yang begitu meriah. Seterusnya sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak YOKUK kerana telah sudi menerima kami warga PKBP SKKK 1 untuk mengadakan majlis serta telah meyumbangkan banyak tenaga dalam menjayakan majlis tersebut. Seterusnya sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Tn. Guru Besar (Tn. Hj.Mohamed b. Che Noh) kerana sudi meluangkan masa bersama dalam majlis ini dari awal hingga akhir majlis dan seterunya pada ibu bapa khasnya kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anak memeriahkan sambutan, semoga kita semua mendapat keberkatan dariNYA. Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung, kepada para dermawan terima kasih atas sumbangan dan semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Insayallah beberapa aktiviti akan menyusur selepas ini,,,,,,terima kasih,,,,,
(Banyak lagi gambar akan di letakkan di box)
No comments:
Post a Comment