SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Tuesday, February 10, 2009

TINGKAHLAKU PERLAKUAN AGRESIF MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Share
Contoh tingkah laku agresif yang sering ada pada murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Tingkah laku ini boleh diubah tetapi ianya mengambil sedikit masa. Guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa bersabar dengan tingkah laku ini.

PERLAKUAN AGRESIF

1. Merosakkan harta sendiri / orang lain
2. Selalu berkelahi / bertumbuk
3. Cepat marah / meradang
4. Mengacau / menguasai orang lain
5. Mencederakan diri sendiri
6. Mencederakan orang lain
7. Panas baran
8. Perlakuan negative berlaku tiba-tiba
9. Hyperaktif
10.Tentrum

PERLAKUAN PASIF

1. Memencilkan diri
2. Sugul (Tidak ceria)
3. Pendiam (Tidak mahu berinteraksi)
4. Tidak respond apabila disoal
5. Malas(Tidak mahu membuat kerja)
6. Tidur / mengantuk
7. Pemalu (Tidak suka berinteraksi)
8. Degil (Tidak suka mengikut arahan)
9. Lembab dalam pergerakan

TINGKAHLAKU KOGNITIF

1. Kurang tumpuan perhatian
2. Sukar memahami pelajaran
3. Tidak memahami arahan
4. Tidak boleh membaca
5. Tidak boleh menjawab soalan
6. Tidak boleh menulis
7. Tidak membuat latihan
8. Tidak menghantar kerja
9. Hasil kerja tidak kemas
10. Gagal dalam peperiksaan / ujian / latihan
11. Tidak memahami konsep
12. Tidak memberi respond
13. Cepat lupa

BERMASALAH EMOSI

1. Menangis
2. Mengasingkan diri
3. Gelisah
4. Murung (Depression)
5. Risau
6. Sedih
7. Termenung
8. Khayal
9. Cemas
10. Ketawa dengan tiba-tiba
11. Menjerit dengan tiba-tiba
12. Membebel
13. Menyampuk
14. Merasa takut
15. Fobia
16. Gemuruh
17. Cemburu
18. Pendendam
19. Merajuk
20. Tersinggung
21. Enggan bercakap
22. Gagap (Pertuturan)
23. Leka / Asyik
24. Tidak berkeyakinan
25. Sensitif
26. Menarik perhatian
27. Mengada-ngada
28. Berbohong

PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL

1. Merokok
2. Mengejek
3. Mencuri
4. Melawan guru
5. Ponteng sekolah / kelas
6. Cemburu
7. Buang air merata tempat
8. Tingkahlaku lucah
9. Menipu / berbohong
10. Bertengkar / bergaduh
11. Biadap / berbahasa kasar
12. Membuat bising
13. Dengki / iri hati
14. Meraba / mencuit / mencubit
15. Mementingkan diri
16. Terlalu banyak bercakap
17. Melanggar peraturan / engkar
18. Menyindir / menyakitkan hati
19. Buli
20. Menumbuk / memukul
21. Tiada minat
22. Kelakuan tidak apa / ambil ringan
23. Menyepah

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails