SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Tuesday, February 10, 2009

AKTA PENDIDIKAN

Share
Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

BAHAGIAN II

Kelayakan untuk 3. program
(1) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid-murid yang berikut.

(a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan

(b)Murid yang mempunyai pelbagai kecatatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

(2)Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.

Kurikulum 4

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.


Dibuat 30 Disember, 1997
[KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. II; PN. (PU ) 569.]

1 comment:

Abdul Rahim Rahman said...

Your Akta posted is not complete. Could you please update with the complete current Special Education Act, thanks.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails