20 & 21 Julai 2011 - Satu program rekreasi luar murid-murid Pendidikan Khas SKKK 1 telah diadakan pada hujung minggu lepas bertempat di Kem Min House, Kg. Pulau Kubang Kerian. Pelbagai acara menarik telah dijalankan sepanjang program berjalan, antaranya melihat beberapa jenis binatang seperti ular, arnab, monyet, kura-kura, angsa, menaiki bot menyusuri Sungai Pengkalan Datu, melihat klip-klip di waktu malam, menyusuri denai(merentas desa), menunggang kuda(terapi), LDK dalam kumpulan serta beberapa acara sukaneka. Semua murid PPKI SKKK 1 terlibat dalam aktiviti ini. Beberapa orang murid yang tidak mampu mengurus diri sendiri ditemani oleh seorang ahli keluarga. Sepanjang aktiviti berjalan, murid-murid dapat melakukan semua aktiviti dengan baik sekali. Aktiviti ini juga turut disertai oleh guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu Kelantan, bagi memenuhi tugasan Intenship Sem 8 PISMP mereka.
Objektif utama program adalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran berkomunikasi, bersosial, mengembangkan perasaan ingin tahu tentang kebolehan diri dan alam sekitar serta memberi keyakinan pada diri sendiri dalam konsep kendiri yang positif. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat sepanjang aktiviti berjalan dan ini menandakan mereka BOLEH.......insyallah akan diadakan lagi aktiviti yang lebih mencabar di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment