SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Thursday, October 7, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS SKKK 1 2010

Share
Tn. Hj. Nashruddin b. Talib (kiri) Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kelantan bersama PK Pend. Khas SKKK 1 En. Nik Jailani b. Nik Mat (kanan)

En. Che Daud b. Harun Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan bersama
En. Mohd Noor b. Maun Pegawai diUnit Pendidikan Khas Kelantan

Kelihatan murid-murid Pendidikan Khas dan para tetamu kusyuk melihat persembahan daripada murid-murid pendidikan khas yang dijemput
Post istimewa kumpulan nasyid jemputan Pendidikan Khas Integrasi SMK Tanjung mas,,,,syabas buat mereka,,,,,

7HB. OKTOBER, 2010. Rumah terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1 2010 berjaya diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi meriah. Hampir 90% jemputan hadir (ibubapa murid pendidikan khas serta sekolah pendidikan khas yang berhampiran) memeriahkan majlis. Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 merasa amat bertuah pada hari ini kerana majlis yang diadakan dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Tn. Hj. Nasharuddin b. Talib hadir merasmikan majlis tersebut dengan diiringi oleh Ketua Unit Pendidikan Khas En. Che Daud b. Harun dan En. Mohd Noor b. Maun salah seorang pegawai dari Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz. Mohd Ridzuan b. Mohamed (Ustaz SKKK 1 arus perdana), bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh tetamu jemputan Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan dari Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK. Tanjung Mas Kota Bharu, persembahan tarian daripada murid-murid Pendidikan Khas Pendengaran SK. Tengku Indra Petra Kota Bharu dan seterusnya persembahan nyanyian solo oleh adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin. Majlis yang diadakan pada hari ini bukan sahaja melibat warga pendidikan khas malah turut disertai oleh seluruh warga SKKK 1. Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai hidangan yang ditempah dan sebahagiannya disumbangkan oleh para ibubapa serta dermawan orang perseorangan. Kelihatan anak-anak pendidikan khas gembira dan ceria sekali sepanjang majlis berlangsung. Penglibatan yang amat menggalakkan dari pihak ibubapa murid-murid pendidikan khas merealisasikan objektif majlis untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah. Sehubungan dengan itu sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, pentadbir SKKK1, guru-guru SKKK1, para jemputan persembahan SMK. Tanjung Mas, SK Kg. Sireh, Sk. Tengku Indra Petra serta mereka yang hadir pada hari ini yang tidak tersebut namanya. Apa yang kurang sepanjang majlis diadakan adalah diatas kelemahan kami dan apa yang baik itu tentunya datang dari yang maha pencipta. Insyaallah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia jumpa lagi ditahun hadapan,,,,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails