SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Sunday, March 21, 2010

SELAMAT DATANG WARGA BARU PEND KHAS SKKK 1

Share
Guru Pelatih dari IPGM KB - Menjalani ROS selama satu minggu


Guru GSTT baru Cik Nazatul Mazliana bt. Mohamad Zin

Guru Pelatih dari IPGM KB - Menjalani Latihan Praktikum di Kelas Pend. Khas SKKK 1

KUBANG KERIAN - 21HB. MAC, 2010. Sekalung ucaapan selamat datang dan selamat bertugas buat tiga orang warga baru Kelas Pendidikan Khas SKKK 1. Mereka terdiri daripada dua orang guru pelatih dari IPGM KB iaitu Cik Anis Syuhada bt. Nazari dan Cik NurHazmalina bt. Abdullah Sani yang akan menjalani praktikum disini selama 4 minggu bermula hari ini hingga 15hb. April, 2010. Kami juga menerima tiga orang guru pelatih dari IPGM KB yang datang menjalani Latihan Berasaskan Sekolah (ROS) selama satu minggu bermula hari ini. Mereka terdiri daripada Cik Normahara bt. Norlias, Cik Nurhazwani bt. Nawi dan Cik Nur Ilham bt. Ibrahim. Seterusnya kelas pendidikan khas menerima seorang lagi guru baru (GSTT) iaitu Cik Nazatul Mazliana bt. Mohamad Zin yang telah melapor diri untuk bertugas bermula 16hb. Mac. 2010. Kami seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan selamat datang dan selamat mengajar serta selamat menjalani ROS di sekolah kami, semoga dapat menyumbangkan ideal-ideal baru untuk anak-anak didik disini............

2 comments:

Anis Syuhada Nazari said...

salam,
terima kasih buat guru-guru di Unit PK SKKK1 kerana mengalu-alukan kedatangan kami.
Anis harap semua guru-guru di unit PK dapatlah membantu anis dan nana dalam tempoh praktikum kali ini.
Anis juga berharap agar guru-guru dapat menegur jika anis dan nana ada melakukan kesilapan kerana hanya pada masa ini sahaja kami dapat merasai pengalaman sebenar berhadapan dengan murid-murid PKBP.
;)~~

Unknown said...

apa yang baik datangnya dari pencipta dan yang lemah serta kurang disini adalah lahir dari kami guru-guru yang lemah ,,,,terima kasih kerana sudi menimba ilmu /pengalaman mengajar dsekolah ini. Didiklah anak-anak didik kita semampu yang diterima oleh mereka,,,,

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails