SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Monday, November 15, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN

Share

Murid memotong kek hari jadi bersama guru besar SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh


Majlis jamuan akhir tahun, sambutan Hari Lahir Julai - Disember serta meraikan murid yang akan ke sek. menengah tahun 2010 telah diadakan pada 14hb. November, 2010. Majlis kali ini diadakan secara sederhana sahaja melibatkan guru dan murid-murid sahaja bertempat di Kelas Pra Integrasi SKKK 1. Murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Julai - Disember diraikan dengan menerima hadiah sebuah bag sekolah serta sedikit makanan ringgan manakala murid-murid yang akan ke sekolah menengah menerima barangan keperluan alat tulis, serta sedikit makanan ringgan. Walaupun sambutan diadakan secara sederhana namun ianya tetap meriah dan murid-murid begitu gembira sekali,,,,seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Selamat Hari Lahir bagi murid yang menyambut hari lahir dan Selamat Ke Sekolah Menengah semoga terus maju dan berdaya saing,,,,,yakin boleh..........insyallah

Wednesday, October 27, 2010

BELAJAR SAMBIL MELAWAT

Share



i
27hb. Oktober, 2010 - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan bersama murid PPKI, ibubapa pengiring serta guru dan PPM ke beberapa tempat menarik sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Rombongan pada kali ini menggunakan sebuah bas persiaran, sebuah van serta tiga buah kereta guru. Rombongan lawatan bergerak meninggalkan sekolah tepat jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.15 petang. Antara tempat yang telah dikunjungi ialah Pusat Penternakan Ikan air Tawar (keli) di Kg. Bunut Susu Pasir Mas iaitu kepunyaan Syarikat AZZ Marketing, Pantai Seri Tujuh dan Pusat Perniagaan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Semasa di Pusat Perternakan Ikan Air Tawar, semua murid-murid PPKI diberi peluang memberi ikan keli makan. Semasa memberi ikan makan, murid-murid berpeluang melihat dengan lebih dekat ikan keli akan timbul dan berebut makanan antara satu sama lain. Murid-murid juga dibawa melawat koleksi ikan dalam alkuarium yang terdapat disitu. Semasa di pusat itu, murid-murid diberi peluang untuk meyaksikan ikan paling besar yang diberi nama ikan naga. Selepas melawat ikan dalam alkuarium murid-murid diberi peluang untuk mandi manda dikolam mandi. Kelihatan murid-murid begitu seronok dan memberi pendedahan kepada mereka pembelajaran/aktiviti luar bilik darjah.
Hampir 2 jam berada dipusat ternakan ikan itu, rombongan berhenti untuk makan dan solat di Pantai Seri Tujuh dan seterusnya ke Pusat Perniagaan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Seterusnya rombongan tiba semula disekolah tepat jam 4.15 petang. Terdapat banyak lagi gambar boleh didapati di Facebook Kelas Integrasi Kubang Kerian,,,,,,,,

Thursday, October 14, 2010

BAKAT SEDIA ADA

Share
Aksi adik Md Shahriel menunjukkan bakat menyikat rambut,,,,semua murid di dalam kelasnya secara bergilir-gilir disikatnya tanpa mendengar arahan dari guru berhenti menyikat kerana hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran,,,,,begitulah setiap hari jika dia belum habis melakukan aktivitinya tak usah diminta berhenti kerana dia tak akan berhenti tanpa selesai apa yang sedang dibuatnya,,,,sehingga kadang-kadang guru terpaksa menunggu hingga selesai aktiviti yang sedang dilakukannya,,, tanpa kehadirannya dikelas....pasti kelas akan sunyi,,,,begitulah gelagat adik Md Syahriel yang sentiasa ceria dan ceria....

Sedang menyikat rambut adik Yuzveen

Menyikat rambut adik Raja Baihaqi...rakan yang selalu menggangu aktiviti yang dilakukannya

Menyikat rambut sahabat baiknya adik Arif Izzuddin

Menyikat rambut adik Irfan....yang sentiasa tenang dan tenang

FOTOGRAFI UNTUK MAJALAH SEKOLAH 2010

Share
14hb. Oktober, 2010 (Khamis) tiba giliran warga PPKI menjalani sesi fotografi untuk dimuatkan dalam majalah sekolah SKKK 1 tahun 2010. Semua guru-guru dan PPM mengambil masa hampir setengah jam untuk menyusun atur murid agar berada dalam post yang paling menarik,,,namun begitu seperti sedia maklum sukarnya meminta murid-murid PPKI duduk atau berada dalam suasana tenang tanpa melakukan apa-apa reaksi yang kurang menarik apabila dipandang dalam gambar,,,,,walauapapun kami semua membuat yang terbaik dan mampu dituruti oleh anak-anak murid kami,,,,,,
Gambar dibawah menunjukkan beberapa aksi sekitar penyusunan untuk sesi fotografi tersebut,,,,

Thursday, October 7, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS SKKK 1 2010

Share
Tn. Hj. Nashruddin b. Talib (kiri) Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kelantan bersama PK Pend. Khas SKKK 1 En. Nik Jailani b. Nik Mat (kanan)

En. Che Daud b. Harun Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan bersama
En. Mohd Noor b. Maun Pegawai diUnit Pendidikan Khas Kelantan

Kelihatan murid-murid Pendidikan Khas dan para tetamu kusyuk melihat persembahan daripada murid-murid pendidikan khas yang dijemput
Post istimewa kumpulan nasyid jemputan Pendidikan Khas Integrasi SMK Tanjung mas,,,,syabas buat mereka,,,,,

7HB. OKTOBER, 2010. Rumah terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1 2010 berjaya diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi meriah. Hampir 90% jemputan hadir (ibubapa murid pendidikan khas serta sekolah pendidikan khas yang berhampiran) memeriahkan majlis. Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 merasa amat bertuah pada hari ini kerana majlis yang diadakan dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Tn. Hj. Nasharuddin b. Talib hadir merasmikan majlis tersebut dengan diiringi oleh Ketua Unit Pendidikan Khas En. Che Daud b. Harun dan En. Mohd Noor b. Maun salah seorang pegawai dari Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz. Mohd Ridzuan b. Mohamed (Ustaz SKKK 1 arus perdana), bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh tetamu jemputan Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan dari Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK. Tanjung Mas Kota Bharu, persembahan tarian daripada murid-murid Pendidikan Khas Pendengaran SK. Tengku Indra Petra Kota Bharu dan seterusnya persembahan nyanyian solo oleh adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin. Majlis yang diadakan pada hari ini bukan sahaja melibat warga pendidikan khas malah turut disertai oleh seluruh warga SKKK 1. Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai hidangan yang ditempah dan sebahagiannya disumbangkan oleh para ibubapa serta dermawan orang perseorangan. Kelihatan anak-anak pendidikan khas gembira dan ceria sekali sepanjang majlis berlangsung. Penglibatan yang amat menggalakkan dari pihak ibubapa murid-murid pendidikan khas merealisasikan objektif majlis untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah. Sehubungan dengan itu sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, pentadbir SKKK1, guru-guru SKKK1, para jemputan persembahan SMK. Tanjung Mas, SK Kg. Sireh, Sk. Tengku Indra Petra serta mereka yang hadir pada hari ini yang tidak tersebut namanya. Apa yang kurang sepanjang majlis diadakan adalah diatas kelemahan kami dan apa yang baik itu tentunya datang dari yang maha pencipta. Insyaallah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia jumpa lagi ditahun hadapan,,,,,,,,

Tuesday, October 5, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS SKKK 1 2010

Share
Semua Ibubapa/Penjaga,

Murid PKBP/Pra Integrasi/Murid OKU,

SK. Kubang Kerian 1,

Kota Bharu Kelantan.

Tuan/puan dijemput untuk hadir memeriahkan majlis tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Hari : Khamis

Tarikh: 7hb. Oktober, 2010 /28 Syawal 1431H

Jam : 10.00 pagi – 12.00 tgh

Tempat : Anjung MCN, SKKK 1


Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis yang kita adakan ini.

Sekian, terima kasih.


Sunday, October 3, 2010

BERMULANYA SEBUAH KEHIDUAPAN

Share

SEMOGA KEBAHAGIAAN BERPANJANGAN....Seluruh warga PPKI SKKK 1 mengucapkan tahniah kepada dua orang guru PPKI diatas kelahiran cahaya mata pada bulan September baru-baru ini. Guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Arman yang menimbang cahaya mata yang ke 2 pada 02 September, 2010 diberi nama Nur Putri Alisha manakala seorang lagi guru Pn. Noorliza bt. Hamzah yang menimbang cahaya mata ke 4 pada 25 September, 2010 yang diberi nama Damia Arissa Qaisara bt. Mohd Suhaimi. Semoga dimurahkan rezeki dan gembira dengan kehadiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini,,,,

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SKKK1 2010

Share
Suasana sambutan Hari Raya 2010 di Kelas PPKI SKKK1

Antara hidangan juadah yang dibawa oleh murid-murid PPKI SKKK 1

Aktiviti persembahan daripada guru-guru dan pentadbir SKKK 1 nyanyian lagu-lagu Raya untuk memeriahkan lagi suasana sambutan ....

28HB. SEPT.2010. Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 28hb. Sept. 2010, Rabu minggu lepas. Sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana. Semua murid diminta membawa sedikit juadah untuk dinikmati bersama dikelas masing-masing bersama guru-guru. Murid pendidikan khas juga turut membawa juadah dan dinikmati bersama rakan dan guru di kelas PPKI SKKK1. Semoga ditahun depan dapat lagi kita semua meraikan bersama....insyaallah....

Sunday, August 22, 2010

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

Share
Selamat meneruskan pengajian buat dua orang bakal guru yang telah menamatkan praktikum kali ke 2 pada hari Khamis 19hb. Ogos, 2010 di kelas PPKI SKKK 1, iaitu mesra dengan panggilan Cikgu Anis dan Cikgu Nana. Mereka berdua telah menjalani praktikum di sekolah ini buat kali ke dua selama 2 bulan. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang menjalani praktikum disini dapat dijadikan panduan dalam meneruskan perjuangan sebagai guru suatu hari nanti....Tahniah dan terima kasih dari kami warga PPKI SKKK 1,,,,,panjang umur dan dimurahkan rezeki dapat kita bersua kembali,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Mesra dengan panggilan Cikgu Nana (kiri) dan Cikgu Anis (kanan)

Bergambar kenangan bersama guru pembimbing Cikgu Nailie bT. Mohd Zin

Tuesday, August 17, 2010

LAGI PROJEK BERKEBUN

Share
Setiap pokok adalah menjadi tanggungjawab seorang murid untuk menjaganya,,

Anak pokok terung hidup subur setelah dipndahkan dari tapak semaian,,,beberapa hari lalu

Adik Md. Arif sedang menyiram pokok angkatnya....

Murid-murid kumpulan 4 sedang menyiram pokok yang telah ditanam beberapa hari lalu. Setiap hari pokok akan disiram mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan oleh Cikgu Ruiz, selaku guru yang mengetuai projek ini,,,,harap-harap hasil tuaian dapat dituai sebelum cuti sekolah penghujung tahun ini....selamat berbudi kepada tanah dan semoga mereka semua dapat merealisasikan dalam kehidupan mereka suatu hari nanti dengan ilmu yang diberikan kepada mereka,,,,insyallah

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Share

Bulan yang dirindui tiba lagi ...Ramadhan menjelma kembali,,,,semoga kali ini dipermudahkan lagi kita menambahkan amal ibadat,,,buat sekalian sanak saudara, sahabat handai taulan dan semua umat islam maaf dipinta andai kata tersalah bicara, tercuit hati, terkasar perbuatan....
Warga PPKI SKKK 1 mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam walau dimana sahaja berada,,,,semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada semua,,,,insyallah,,,,,amin,,,,

Sunday, August 8, 2010

BAKAT SEMULAJADI ANUGERAH DARINYA,,,,

Share
Binatang 'Dinosour' sedang dibelit oleh ular,,,,tingginya imaginasi beliau,,,,


Antara reaksi yang sempat dirakam oleh guru,,,,

Siapa kata murid PPKI tidak berbakat,,,,kadang kala bakat yang ada pada dirinya tidak berdaya oleh kita insan yang cukup ilmu dan akal untuk melakukan lebih dari apa yang dilakukan oleh mereka....kali ini kami ingin berkongsi bakat sedia ada yang ada pada adik Md Shahriel dalam mereka cipta sesuatu daripada bahan bantu mengajar P & P seperti membuat robot menggunakan bongkah-bongkah kecil dan binatang -binatang purbakala seperti Dinosour, ular dan pelbagai lagi mengikut imaginasi beliau,,,,setiap kali apabila ada masa terluang adik Md Shahriel sentiasa membuat kejutan kepada rakan-rakan dan juga guru-guru dalam menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dibuat oleh kita semua,,,syabas dan betapa besarnya anugerah dariNYA ,,,,,,

SELAMAT BERPISAH

Share
5hb. Ogos, 2010 - Merupakan hari terakhir Cik Nurul dan Cik Baizura menjalani praktikum di SKKK 1 khasnya dikelas PPKI. Mereka berdua merupakan pelajar jurusan Psikologi dari UMS telah selamat menjalani praktikum di sini selama 3 bulan. Semoga banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip sepanjang berada di sekolah kami. Apa yang baik jadikanlah sebagai ilmu dan apa yang lemah serta kurang jadikanlah ia sebagai tauladan. Doa dari kami semua selamat berjaya dan jumpa lagi dilain masa dan ketika....insyallah,,,,,,

Wednesday, August 4, 2010

PROJEK BERKEBUN PPKI SKKK 1

Share
Cikgu Ruiz sedang memindahkan anak pokok lada dari semaian ke tanah

Murid-murid memerah tenaga membersihkan kawasan tanaman yang sekangkang kera


Murid-murid sedang mendengar taklimat daripada Cikgu Ruiz sebelum menanam

Salam 1 Malaysia buat semua tetamu. Beberapa minggu ini murid-murid PPKI bersama Cikgu Mohd Ruiz, guru Kemahiran Hidup telah bertungkus lumus membersihkan tapak tanaman untuk menanam pokok-pokok herba seperti pokok serai, pokok kunyit, pokok pandan, pokok lada dan beberapa pokok herba lain, keluasan tanah yang ada amat terhad,,,,. Murid-murid yang dibawa untuk melakukan aktiviti berkebun ini terdiri daripada murid kumpulan yang paling boleh berdikari,,,mereka terdiri daripada adik Nuqman, Fawwas, Fahmi, Kasyful, Shamsul, Fitri, Rushdi, Farah, Najwa dan Amin,,,,Semoga anak-anak tanaman yang telah ditanam akan hidup subur dan dapat memuaskan hati mereka yang telah bertungkus lumus memerah tenaga,,,,

Thursday, July 29, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Share
Pasangan pengantin menerima cenderahati dari Guru Besar SKKK 1

Selamat Pengantin Baru dari kami warga PPKI dan SKKK 1

Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Rosliza bt. Mohd Jaafar yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 22hb. Julai 2010 bersama pasangannya Ustz. Nooriman bin Ayob, merupakan guru SKKK 1 juga.
Doa dari kami semua semoga berbahagia dan kekal hingga keakhirnya....amin.

Wednesday, July 7, 2010

ELAUN MURID PPKI SKKK 1 2010

Share

7HB. JULAI, 2010 - Makluman kepada semua ibubapa atau penjaga murid-murid PPKI SKKK 1, elaun murid OKU PPKI telah dimasukkan ke Bank Simpanan Nasional pada minggu lepas. Sehubungan dengan itu diminta semua ibubapa atau penjaga dapat menyemak buku akaun anak masing-masing untuk memastikan kemasukan wang tersebut berjumlah RM 1650.00. Setelah semakan dibuat diminta ibubapa atau penjaga menyerahkan buku akaun murid ke Bendahari kelas PPKI SKKK 1 iaitu En. Harizan b. Hamid untuk simpanan pihak sekolah sebagaimana surat arahan yang telah diedarkan sebelum ini. Harap maklum dan terima kasih.

Thursday, July 1, 2010

WAJAH BARU

Share
1HB. JULAI, 2010 - Salam Sejahtera buat semua pengunjung, terima kasih kerana masih ada sedikit masa untuk menjenguk kami disini. Blogger PPKI SKKK 1 memohon maaf kerana mungkin ada sedikit gangguan dalam blog PPKI SKKK 1 ini kerana bermula semalam usaha sedang dilakukan untuk mengubahsuai blog ini agar berwajah baru memandangkan sejak blog ini diwujudkan belum ada sebarang pengubahsuaian dibuat. Sehubungan dengan itu maaf dari kami semua,,,,sesungguhnya yang baik itu datang dariNYA dan apa yang lemah serta kurang itu lahir dari diri kami sendiri,,,moga ubahsuai ini dapat disiapkan dalam masa terdekat. Terima kasih untuk semua ,,,,,

Wednesday, June 30, 2010

DARINYA KITA DATANG KEPADANYA JUA KITA KEMBALI

Share
Seluruh warga PPKI SKKK 1 mengucapan takziah kepada keluarga Cikgu Hilmi (PK. Kokurikulum SKKK 1) diatas kembalinya kerahmatullah bonda tercinta pada Ahad 27hb. Jun, 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin,,,

Thursday, June 24, 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT BELAJAR

Share

24HB. JUN 2010 - Tahniah dan selamat belajar serta berpisah buat Cikgu Mazliana bt. Md Zain yang telah mendapat tawaran mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPG Kota Bharu pada 28hb. Jun, 2010. Cikgu Mazliana telah mengajar di PPKI SKKK 1 ini bermula Mac 2010 sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan semua warga PPKI SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan selama berada di sini. Tahniah juga dari kami semua,,,Selamat belajar dan jumpa lagi dilain masa dan ketika,,,,,

Wednesday, June 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR

Share




23HB. JUN 2009 - Pada tarikh yang sama sepuluh tahun yang lalu bermulanya sebuah kehidupan kepada seorang murid kami yang bernama Nik Farah Aqilah bt. Hj. Nudin. Hari ini genaplah sepuluh tahun usianya dan hampir 6 bulan bersama kami diSKKK 1. Sempena hari lahir beliau yang ke 10 pada hari ini adik Farah telah membawa sebiji kek hari jadi untuk disambut / makan bersama rakan-rakan di kelas PKBP. Selamat Hari Lahir dari kami warga PKBP SKKK 1 buat adik Farah AqilaH bt. Hj. Nudin,,,,

Sunday, June 20, 2010

Share
20hb. Jun 2010 - Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Kelas Pendidikan Khas dan semua bapa yang ada di Malaysia. Semoga semua bapa sentiasa berada dalam keberkatan dan dipanjangkan umur,,,

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Share

20HB. JUN 2010 - Selamat kembali ke sekolah buat semua murid, guru dan semua warga Pendidikan Khas SKKK 1 setelah bercuti selama 2 minggu. Semoga percutian yang lepas memberi kebaikan dan keberkatan kepada semua.

Thursday, May 27, 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKKK 1-2010

Share




Temasya Sukan Tahunan SKKK 1 bagi sesi 2010 telah diadakan selama 2 hari berturut-turut 25 dan 26hb. Mei, 2010. Murd-murid PPKI SKKK 1 juga turut mengambil bahagian dalam temasya tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian, kerana walaupun padang dipenuhi air hujan namun demi semangat kesukanan, acara tetap diteruskan,,,syabas dan tahniah,,,

Sunday, May 23, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Share


KUBANG KERIAN - 19HB. MEI, 2010. Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 19hb. Mei, 2010. Walaupun hujan renyai-renyai turun sepanjang hari, sambutan dapat diteruskan hingga selesai dalam suasana yang sederhana. Pelbagai acara dijalankan sepanjang sambutan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Guru Malaysia, lagu Tema Hari Guru, ucapan tuan guru besar, persembahan pakaian beragam oleh guru lelaki dan permainan bola tampar mengikut rumah sukan. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang mengambil bahagian, mereka yang tidak berkesempatan mengambil bahagian pada tahun ini boleh sertainya pada tahun hadapan pula. SELAMAT HARI GURU
Related Posts with Thumbnails