SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR 2009

Share
Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (PK Pentadbiran) sedang menyampaikan keputusan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR

Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (PK Pentadbiran)sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibubapa yang turut hadir dalam majlis pengumuman keputusan UPSR 2009

Kelihatan murid begitu sabar menunggu keputusan diumumkan

KUBANG KERIAN - 19HB. NOVEMBER, 2009. Syukur dan tahniah kepada semua murid yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Pengumuman keputusan UPSR dan peyampaian keputusan telah disampaikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (mewakili Tn. Guru Besar yang sedang berkursus di Kuala Terengganu) kepada kesemua murid yang mendapat keputusan 5A iaitu seramai 47 orang. Keputusan UPSR yang diumumkan pada tahun ini adalah pencapaian paling cemerlang dan memecah rekod sebelum ini. SKKK 1 mendapat tempat ke 6 daripada 100 buah sekolah dalam PPD Kota Bharu. Sehubungan dengan itu sekalung Ucapan Tahniah daripada kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 buat semua murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan tahniah juga kepada semua guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus mencurahkan keringkat bakti sepanjang tahun dalam membimbing murid kearah kecemerlangan. Kepada mereka yang tidak berjaya merangkul keputusan cemerlang, gandakan usaha untuk berjaya dalam seberang peperiksaan di sekolah menengah nanti. Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 juga mengucapkan Selamat Melangkah Ke Sekolah Menengah kepada semua murid tahun 6, dengan iringi doa semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat tidak dilupakan. Jika dipanjangkan usia dapat kita bersua kembali dilain masa dan ketika insyaallah,,,,,,,

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN,,,,

Share





KUBANG KERIAN - 17HB. NOVEMBER, 2009. Selamat meneruskan persekolahan peringkat menengah buat 3 orang murid PKBP SKKK 1 yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun 2010. Mereka yang terlibat ialah adik Siti Hajar bt. Mat Ali, adik Ahmad Aufa b. Abd. Halim dan adik Ikmal Hafiz b. Ghazali. Pemergian mereka bertiga akan meninggalkan seribu kenangan buat kami pendidik yang setelah sekian lama bersama mereka selama ini. Kami tidak akan dapat lagi memujuk adik Siti Hajar yang sememangnya juara dalam bab merajuk dan masuk kelas mengikut kesukaannya bukan mengikut jadual yang sepatutnya. Kami tidak akan lagi mendengar cakap ajuk dari adik Hafiz dan kami juga tidak akan lagi bercakap berulang kali perkara yang sama kepada adik Aufa kerana sememangnya jika cikgu bertanya 10 soalan kepada adik Aufa, 1 soalan pun belum tentu dijawab olehnya yang begitu pendiam dan pemalu. Walau apapun keadaanya kenangan tetap dalam ingatan dan kehadiran mereka sememangnya mengembirakan kami, tidak ada perasaan kesal dan marah dengan sikap dan tingkah lakunya. Oleh itu kami di sini sentiasa mendoakan agar mereka dapat meneruskan persekolahannya dengan jayanya. Segala ilmu yang diberikan telah dihalalkan oleh kami dan semoga diberi kesihatan, rezeki dan keberkatan yang berpanjangan olehNYA,,,,Jika dipanjangkan usia jumpa lagi dilain masa dan ketika,,,,,

SYUKUR DIATAS KURNIAAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN,,,

Share
Wajah ceria dan gembira adik Baihaqi bertemu rakan dan juga seluruh warga PKBP SKKK 1


Adik Baihaqi bersalaman dengan semua warga PKBP

KUBANG KERIAN - 17HB. NOVEMBER, 2009. Syukur ke hadrat Ilahi diatas pemberian nikmat kesihatan yang berpanjangan buat adik Raja Baihaqi yang telah sihat untuk menjalani kehidupannya setelah beberapa bulan terlantar di Hospital USM Kubang Kerian. Pada hari ini adik Raja Baihaqi bersama ibu dan bapanya hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan seluruh warga PKBP SKKK 1 setelah sekian lama kami warga PKBP tidak mendengar hilai tawanya. Kehadiran hari ini begitu mengembirakan dirinya dan juga kami semua. Berdoa bersama semoga diberi kesihatan yang berpanjangan dan dapat bersua kembali di tahun 2010. Semoga adik Baihaqi serta keluarganya terus tabah meneruskan kehidupan dengan mendapat keberkatan yang berpanajngan hendaknya,,,,,

MAKAN MALAM PERDANA SKKK 1 2009

Share


KUBANG KERIAN - 16HB NOVEMBER, 2009. Makan malam Perdana anjuran Kelab Guru SKKK 1 telah diadakan di Dewan MCN SKKK 1 pada 16hb. Nov. 2009. Makan malam Perdana 2009 julung-julung kalinya diadakan didewan MCN SKKK 1. Jika sebelum ini sudah menjadi tradisi majlis seumpamanya diadakan di Hotel tetapi pada tahun 2009 Kelab Guru memecah tradisi dengan mengadakannya di sekolah sahaja. Walaupun majlis tersebut hanya diadakan di sekolah tetapi ianya begitu meriah dan semua warga sekolah gembira serta ceria sahaja pada malam tersebut dengan tema pakaian Merah dan Hitam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar SKKK 1, persembahan tayangan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2009. Majlis makan malam perdana turut diserikan dengan nyanyian para guru serta kakitangan sekolah. Turut berkaraoke pada malam tersebut ialah YDP PIBG berduet dengan Puan Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Kerani serta penyanyi yang tidak asing lagi di kalangan warga SKKK 1 iaitu En. Nooriman b. Yusup @ Ayub dan YM Tg. Norsilawaty bt. Raja Hassan. Seterusnya acara cabutan bertuah juga turut diadakan, semua yang hadir pulang dengan membawat pelbagai hadiah menarik. Dalam majlis tersebut turut dianugerahkan guru yang paling kontroversi sepanjang tahun 2009 iaitu guru lelaki dianugerahkan kepada Tuan Mohd Zani b. Tuan Soh, manakala guru perempuan dianugerahkan kepada Pn. Azlinawati bt. Muhammed.Majlis tersebut berakhir pada 11.30 malam. Panjang Umur Murah Rezeki jumpa lagi dimajlis Makan Malam Perdana 2010.

Wednesday, November 11, 2009

JOGATHON SKKK1 2009

Share
Murid tidak sabar menunggu giliran untuk menikmati minuman MILO percuma

Tuan Guru Besar SKKK 1 sedang memberi ucapan penutup Larian Jogathon SKKK 1 2009


Murid mengambil reben setiap check point tanda melalui sebanyak 4 check point
Murid sedang mendengar taklimat daripada
Penolong Kanan Kokurikulum SKKK 1 sebelum berlepas
KUBANG KERIAN - 11HB. NOVEMBER, 2009. Larian Jogathon peringkat SKKK 1 yang dirancang beberapa minggu lalu, akhirnya berjaya diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 7.45 pagi hingga 11.40 pagi selesainya upacara peyampaian hadiah. Larian ini melibatkan penyertaan murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Murid yang menyertai acara ini diberi hadiah daripada tempat pertama hingga tempat ke 20 mengikut tahun. Larian ini bertambah meriah dengan kehadiran van minuman MILO bergerak secara percuma. Semua murid diberi minum milo percuma pada hari ini. Sempena larian johathon yang diadakan hari ini juga, sekolah telah mengambil cuti peristiwa pada 12hb. November, 2009 (KHAMIS). Oleh itu tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dan telah berjaya mendapat tempat pertama hingga 20. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi ditahun hadapan. Selamat Bercuti Untuk Semua Murid dan Guru SKKK 1,,,,,Kembali ke sekolah pada hari Ahad 15hb. November, 2009.

Monday, November 9, 2009

BERSIHKAN KELAS LAGI,,,,

Share




KUBANG KERIAN - 9HB. NOVEMBER, 2009. Buat kali ke 3 dalam tahun 2009 kelas Pendidikan Khas SKKK 1 dimasuki air hujan. Hujan yang turun tanpa henti beberapa hari yang lalu menyebabkan kelas Pendidikan Khas dimasuki air sejak petang Jumaat, apabila hujan turun dengan lebat tanpa henti. Walaupun ada sebahagian peralatan telah diletakkan ditempat yang tinggi namum terdapat juga beberapa peralatan yang terpaksa di alihkan semasa air telah memasuki kelas. Beginilah kelas kami yang tidak pernah sunyi daripada air memandangkan tempat dan lakoasinya begitu rendah. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini terpaksa ditangguhkan memandangkan murid pulang semula apabila melihat keadaan kelas yang dipenuhi dengan air. Semua guru dan PPM bertungkus lumus membersihkannya buat sementara memandangkan air mungkin ada lagi selepas ini kerana musim tengkujuh baru bermula.

Thursday, November 5, 2009

LATIHAN JOGATHON SKKK 1 2009

Share




KUBANG KERIAN - 5HB. NOVEMBER, 2009. Satu latihan Johathon peringkat SKKK 1 2009 telah diadakan pada hari ini. Murid mula berkumpul di medan perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Selepas semua guru diberi taklimat tentang check point, murid dilepaskan secara berperingkat-peringkat iaitu tahun 3 satu kumpulan dan tahun 4, 5 dan 6 satu kumpulan. Semua murid diminta melepasi sebanyak 4 check point untuk sampai semula ke sekolah. Larian Johathon yang sebenarnya akan diadakan pada 11hb. November, 2009 ini iaitu hari Rabu minggu hadapan. Selepas latihan larian, semua warga SKKK 1 bergotong royong membersihkan kawasan sekolah sempena gotong royong membasmi denggi.

LAWATAN PEGAWAI PEMULIHCARA KERJA

Share




KUBANG KERIAN - 4HB. NOVEMBER, 2009. Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Salbani bt. Daud, selaku Pegawai Pemulihcara Kerja Hospital Raja Perempuan Sultanah Zainab Kota Bharu Kelantan ke Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK 1. Kunjungan beliau pada hari ini adalah untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini dari segi akademik adik Mohd Firdaus b. Kamaruddin yang telah membuat rawatan di HPSZ1 sejak tahun 2001. Beberapa aktiviti telah diberikan kepada adik Firdaus untuk mengukur tahap kebolehan beliau. Semoga dengan maklumat yang diberikan oleh kami guru-guru disini dapat membantu dalam membuat penilaian terhadap adik Firdaus. Semoga sama-sama mendapat manafat yang terbaik dan keberkatan yang berpanjangan hndaknya..........
Related Posts with Thumbnails