SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Wednesday, August 19, 2009

LAWATAN MENJELAJAH SELATAN KELANTAN

Share
Guru Besar SKKK 1 sedang menyarungkan tanda nama kepada adik Yuzvien sebagai simbolik pelepasan untuk Program Menjelajah Selatan Kelantan

Para peserta rombongan sedang beratur untuk menaiki keretapi dari Setsen Wakaf Baru ke Stesen Kuala Krai

Peserta Rombongan Selamat sampai ke SK Lata Rek


Peserta Rombongan dihidangkan dengan makan tengahari oleh Warga SK. Lata Rek.

PK Pendidikan Khas menyampaikan sedikit cenderamata kepada warga SK Lata Rek sebagai tanda ingatan dan terima kasih. PK Pentadbiran SK Lata Rek (En. Nik Md Hussain b. Nik Ibrahim) menerima cenderamata sebagai wakil pihak sekolah Lata Rek
18 OGOS 2009 - KUBANG KERIAN.
SYUKUR ALHAMDULLILAH, program Menjelajah Selatan Kelantan untuk anak-anak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pra Integrasi dan anak-anak OKU SKKK 1 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program dimulakan dengan pelepasan oleh Tuan Guru Besar SKKK 1, menaiki bas ke Stesen Keretapi Wakaf Baru, menaiki keretapi ke Stesen Keretapi Kuala Krai, seterusnya menaiki bas ke SK Lata Rek, berehat, makan tengahari, solat dan bersihkan diri dan seterusnya menaiki bas semula pulang ke SKKK 1. Sepanjang program berjalan kelihatan murid-murid dan ibu bapa begitu gembira kerana hampir kesemua yang menyertai rombongan ini tidak pernah menaiki keretapi. Adanya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memberi seribu pengalaman indah untuk mereka dan menjadi ingatan kepada murid-murid khususnya. Sepanjang program berjalan kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 khususnya dan seluruh warga SKKK 1 mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhigga kepada SK Lata Rek kerana sudi menerima kunjungan kami serta bermurah hari menjamu kami dengan makan tengahari dan bekalan minum petang, semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan selamanya. Terima kasih juga ditujukan kepada Syarikat Keretapi Tanah Melayu Bhd. kerana menyediakan gerabak khas untuk rombongan kami dan memberi tambang separuh harga untuk rombongan kami serta terima kasih juga kepada ibubapa kerana dapat meluangkan masa untuk anak masing-masing dalam menjayakan program yang dijalankan seterusnya terima kasih kepada semua yang turut terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Panjang umur, lain masa dan lain ketika kita akan sama-sama melaksankan program yang dapat memberi manafaat kepada semua anak didik Pendidikan Khas SKKK 1.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat belajar dan memberi satu situasi pembelajaran yang baru, membina keyakinan diri dan keberanian bagi mewujudkan sikap berdikari di dalam setiap diri murid, memupuk semangat untuk belajar bermasyarakat, berkomunikasi denan masyarakat dan rakan-rakan sebaya serta mewujudkan semangat bekerjasama dalam kumpulan dan memupuk sikap dan nilai positif terhadap alam sekitar serta mendekati dan memahami isu-isu alam sekitar setempat.

2 comments:

Anakkhas said...

assalammualaikom
kepada rakan-rakan ppki.
aktiviti yang menarik sesuai dengan keadaan tempat dan persekitaran murid. memang benar murid sekarang ramai yang tak pernah naik kereta api pun.
kalau di tempat kami di selangor aktiviti menaiki kenderaan awam seperti LRT dan KOMUTER memang kerap diadakan.
teruskan usaha murni cikgu.

salam ramadhan, selamat berpuasa.

Anakkhas said...

assalammualaikom
kepada rakan-rakan ppki.
aktiviti yang menarik sesuai dengan keadaan tempat dan persekitaran murid. memang benar murid sekarang ramai yang tak pernah naik keretapi pun.
kalau di tempat kami di selangor aktiviti menaiki kenderaan awam seperti LRT dan KOMUTER memang kerap diadakan.
teruskan usaha murni cikgu.

salam ramadhan, selamat berpuasa.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails