SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Sunday, June 28, 2009

MAJLIS MESYUARAT / PERJUMPAAN IBUBAPA MURID PKBP BERSAMA GURU PENDIDIKAN KHAS SKKK 1

Share
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga dan guru -guru pendidikan khas SKKK 1, mesyuarat/perjumpaan bersama ibubapa dan guru akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 2hb. Julai 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik gerakan SKKK 1
Agenda mesyuarat:-
Ucapan Tuan Guru Besar SKKK 1
Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas
- pengurusan akaun murid
- lawatan ke luar Negeri Kelantan
- Sumbangan untuk aktiviti akan datang
Laporan kewangan 2008
Hal-hal lain
Sehubungan dengan itu, semua ibubapa murid PKBP dan guru-guru Pendidikan Khas SKKK 1 dijemput hadir. Terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Setiausaha,
Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
SK. Kubang Kerian 1,
Kota Bharu.

Saturday, June 27, 2009

ELAUN MURID OKU

Share
26hb. Jun, 2009 - Kubang Kerian. Makluman dan ambil perhatian kepada semua ibubapa/penjaga murid-murid OKU SKKK 1, agar dapat mengemaskini elaun OKU anak dibawah jagaan masing-masing di Bank Simpanan Nasional mulai hari ini. Elaun yang disalurkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman semua, jumlah elaun yang dimaksudkan adalah sebanyak RM 1 800.00, iaitu elaun untuk tahun 2009. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan agar ibubapa/penjaga murid dapat menggunakan elaun yang diberikan dengan sebaik mungkin. Bersyukur atas rezeki yang diberi. Sekian terima kasih.

Wednesday, June 24, 2009

SELAMAT DATANG BUAT BAKAL GURU PEND. KHAS

Share

Kubang Kerian - 21hb. Jun 2009 Selamat datang ke Kelas PKBP SKKK 1 buat guru-guru pelatih Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus KB, Kelantan (IPGM) yang akan menjalani latihan mengajar (praktikum selama 3 bulan) bermula 21hb. Jun, 2009 hingga 17hb. sept. 2009. Guru-guru tersebut ialah En. Anuar b. Yusoff, Pn. Zarina bt. Hamat dan Pn. Zaleha bt. Alias. Mereka terdiri daripada guru-guru KPLI yang bakal mengajar kelas pendidikan khas setelah tamat latihan nanti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga sepanjang menjalani latihan praktikum ini mereka dapat mengutip segala ilmu yang ada untuk panduan apabila menjadi guru kelak. Tahniah sekali lagi dan selamat mengajar dengan penuh dedikasi,,,,

NILAI SEBUAH SENYUMAN

Share
Ia tidak perlu dibayar,tetapi mendatangkan banyak faedah

Ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya

Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya

Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi pun, tiada yang terlalu miskin hingga tidak mampu untuk memberikannya lagi

Ia mencipta keriangan di rumah memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan

Ia adalah ketenangan kepada pemberi harapan kepada yang kecewa cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan

Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain

Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan

Hadiahkanlah sebuah senyuman
Senyumlah selalu berkatnya beribu-ibu,,,




dipetik daripada
sumbangan Koleksi Mama
IPGM Kelantan
03102005/Syaaban 1426H

Wednesday, June 17, 2009

SELAMAT DATANG,,,

Share
(CIKGU PN. ROSLIZA BT. JA'FAR)

ADIK WAN ATIRAH AYUNI BT. WAN DAUD

Selamat datang, selamat belajar dan selamat bertugas buat dua orang warga baru PKBP SKKK 1. Mereka adalah seorang murid PKBP (WAN ATIRAH AYUNI BT. WAN DAUD) yang baru bertukar dari Pulau Pinang dan seorang lagi guru PKBP (PN. ROSLIZA BT. JA'FAR) yang baru dilantik sebagai guru GSTT di kelas PKBP. Adik Atirah mula bersekolah di SKKK 1 pada 15hb. Jun 2009 manakala Cikgu Rosliza melaporkan diri untuk bertugas di sini pada 16 Jun 2009. Semoga adik Atirah dapat belajar dengan penuh semangat di sini. Kepada Cikgu Rosliza selamat datang, selamat mengajar dan tahniah diucapkan atas perlantikan itu. Semoga dapat mengajar dengan penuh dedikasi di sini. Amin,,,,

Tuesday, June 16, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN KHAS NEGERI KELANTAN 2009

Share




15hb. Jun 2009 - KOTA BHARU Satu Seminar Pendidikan Khas Negeri Kelantan 2009 telah diadakan pada 15hb. Jun, 2009 jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.A.Brs.Tn. Hj. Mohd Ghazali b. Ab. Rahman (Pengarah Pelajaran Kelantan). Peserta seminar terdiri daripada guru-guru yang mengajar kelas Pendidikan Khas yang terdiri daripada Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Disleksia. Unit Pendidikan Khas SKKK 1 telah menghantar dua orang wakil untuk menghadiri seminar tersebut iaitu, En. Nik Jailani b. Nik Mat (PK Pendidikan Khas) dan Pn. Nor Shamsiah bt. Ismail (Guru Pendidikan Khas PKBP SKKK 1)

Objektif Seminar

1. Meningkatkan pengetahuan guru-guru mengenai kanak-kanak bermasalah pembelajaran dari aspek perubatan dan neurologi.
2. Menjadi platform untuk meningkatkan kerjasama antara pendidikan khas dan perkhidmatan sains kesihatan.
3. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru aliran perdana mengenai potensi dan keperluan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
4. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai potensi dan peluang pendidikan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Menarik minat keluarga untuk mendaftar anak-anak dalam program pendidikan khas.
Related Posts with Thumbnails