SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Tuesday, March 22, 2011

SELAMAT DATANG

Share
Selamat Datang ke SK. Kubang Kerian 1 khasnya dan Selamat menjalani latihan praktikum di kelas PPKI diucapkan kepada 2 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu iaitu Cg. Mohamad Iqbal b. Musa dan Cg Muhammad Naim Shafiq b. Zahidi. Beliau akan menjalani latihan praktikum selama 4 minggu di Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Warga PPKI SKKK 1 mengucapkan selamat menjalani latihan praktikum dan diharap dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berguna.Insyallah.

AMALI SOLAT

Share



21hb. Mac, 2011 - PPKI SKKK 1. Semua murid-murid PPKI SKKK 1 (Kumpulan 5) telah didedahkan dengan amali solat. Pendedahan amali solat dimulakan dengan cara-cara mengambil air sembahyang mengikut tertib. Murid dibimbing secara individu oleh 2 orang guru agama iaitu Pn. Hjh. Noraini bt. Muhammad, guru agama PPKI SKKK 1 dan Ustz Ab. Akhiar b. Ab. Rahim, guru J-Qaf PPKI SKKK 1. Murid-murid akan dilatih atau dibimbing secara berkala sehingga mereka boleh menguasainya dengan betul.

Thursday, March 3, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DAN MAJLIS KESYUKURAN UPSR 2010

Share



Pada hari ini Rabu, 2 Mac, 2011 SKKK 1 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul dan Kesyukuran Peningkatan Pencapaian UPSR 2010. Majlis yang diadakan pada hari ini amat meriah sekali dan turut melibatkan murid-murid Program Integrasi Pendidikan Khas (PPKI) SKKK 1. Pada sebelah pagi bermula jam 8.30 pagi murid-murid PPKI mengikuti rombongan perarakan lebih kurang 3 KM bersama-sama murid arus perdana. Syukur padaNYA kerana mereka juga dapat menghabiskan perarakan tersebut dengan jayanya. Majlis yang diadakan pada hari ini dikendalikan sepenuhnya secara bergotong royong oleh semua warga SKKK 1. Tiga ekor lembu telah disembeleh untuk majlis tersebut. Sebelum pulang, semua murid menjamu selera nasi berlaukkan gulai kawah yang dimasak sepenuhnya oleh warga SKKK 1. Guru besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap budaya serta sikap kerjasama, toleransi yang diamalkan di SKKK 1 akan kekal selamanya untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah di tahap yang lebh cemerlang dari tahun ke tahun...........

Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT DATANG

Share
KUBANG KERIAN - 21 FEBRUARI 2011 . Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Ustz. Ab. Akhiar b. Ab. Rahim yang telah dilantik sebagai guru J-Qaf dan ditempatkan di Program Integrasi Pendidikan Khas SKKK 1 bermula hari ini 21 Februari, 2011. Ustz Akhiar berasal dari Kg. Chicha Kubang Kerian dan merupakan anak jati Negeri Kelantan, berkelulusan Sarjana Muda Syairah dan Kehakiman (USIM). Seluruh warga PPKI mengucapkan tahniah dan Selamat Mengajar...........

Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT PPKI BERSAMA IBUBAPA 2011

Share



10HB. FEBRUARI 2011 - KUBANG KERIAN. Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama ibubapa murid-murid PPKI SKKK 1 telah diadakan pada hari Khamis, 10hb. Februari, 2011 bertempat di bilik gerakan SKKK 1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat. Kehadiran para ibubapa/penjaga dalam majlis ini begitu mengalakkan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat serta Ketua Jabatan Pendidikan Khas IPGM Kota Bharu iaitu Dr. Hj. Abdullah b. Yusof. Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyampaikan salam kerana tidak dapat hadir sama dalam majlis tersebut , beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu di PPD KB. Dalam majlis ini banyak nasihat serta motivasi diberikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran dan juga Dr. Hj. Abdullah b. Yusof kepada pada ibubapa/penjaga dan juga guru-guru PPKI dalam sama-sama mendidik anak-anak istimewa ini agar lebih cemerlang dan sentiasa sabar dalam menangani kerenah mereka. Dalam majlis ini turut dibentangkan perancangan aktiviti tahunan yang akan diadakan sepanjang tahun 2011, para ibubapa juga dialu-alukan agar sentiasa memberi pendapat dan pandangan atau berbincang dengan guru-guru dalam meningkatkan prestasi anak masing-masing. Kata sepakat juga diambil dalam majlis ini tentang sumbangan tabung kebajikan anak-anak istimewa ini agar dapat membantu melancarkan lagi perjalanan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Majlis juga bersetuju mewujudkan ahli jawatankuasa bertindak dikalangan ibubapa, seramai 5 orang wakil ibubapa telah dilantik sebagai AJK PPKI SKKKI. Ahli jawatankuasa yang dilantik pada hari ini akan mewakili semua ibubapa dalam semua tindakan yang melibatkan anak-anak/ibubapa PPKI SKKK 1 ini. Sehubungan itu seluruh warga PPKI SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis pada hari tersebut. Semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyallah.

Monday, January 31, 2011

SELAMAT DATANG

Share
Salam 1Malaysia diucapkan buat para tamu yang dirahmati........Seluruh warga Program Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1 mengucapkan Selamat datang dan selamat berpraktikum diucapkan kepada Cikgu Ahmad Kamal b. Zainuddin dan Cikgu Mohd Khairulddin b. Abdan, guru pelatih IPGM Kota Bharu. Beliau menjalani latihan praktikum selama 3 bulan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula 30hb. Januari, 2011 hingga 28 April, 2011. Selamat berpraktikum dan semoga beliau berdua dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman bersama murid-murid PPKI SKKK 1........

Thursday, January 13, 2011

GENAP 2 MINGGU SESI PERSEKOLAHAN 2011

Share
Salam 1 Malaysia buat semua tetamu yang dirahmati. Salam persekolahan 2011......Hari ini genap 2 minggu sesi persekolahan 2011. Pelbagai ragam dan masalah di awal sesi persekolahan 2011 dapat diatasi dengan jayanya. Kelas yang dinaiki air pada awal sesi persekolahan telah dapat digunakan semula dengan sepenuhnya. Murid telah dibahagi kepada 6 kumpulan utama mengikut kebolehan masing-masing......Murid-murid telah mula belajar dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Sehingga hari ini kedatangan murid amat memuaskan. Walaubagaimanapun gambar-gambar untuk sesi pembelajaran tahun 2011 akan dimuatkan dalam masa terdekat insyallah........
Related Posts with Thumbnails