20 APRIL, 2011 - Kali kedua murid-murid PPKI SKKK 1 mengunjungi KB Mall untuk aktiviti terapi Bowling. Semua murid yang belajar di PPKI/Pra Integrasi SKKK 1 di alu-alukan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kelihatan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan mereka begitu seronok dan gembira sekali. Terapi bowling ini akan diadakan sepanjang tahun 2011 dengan kekerapan 1 kali sebulan..
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Tuesday, April 26, 2011
Thursday, April 14, 2011
SELAMAT DATANG DAN SALAM PERPISAHAN
Selamat Datang buat seorang lagi warga baru PPKI SKKK 1 iaitu En. Mohd Kaha b. Mohd Yaacob, Pembantu Pengurusan Murid(PPM) yang telah melaporkan diri menjadi warga SKKK 1 pada 3 April, 2011. Sebelum ini beliau pernah bertugas juga sebagai PPM PPKI di SK. Ciku 3, Gua Musang selama lebih kurang dua tahun. Beliau ditempatkan di sini atas pertukaran mengantikan Pn. Marlini bt. Zakaria yang telah bertukar ke SK. Ciku 3, Gua Musang. Seluruh warga PPKI mengucapkan Selamat Datang dan selamat bertugas di SKKK 1 buat En. Mohd Kaha dan selamat bertugksrserta bertugas di tempat baru buat Pn. Marlini. Sekalung ucapan penghargaan terima kasih ke atas sumbangan yang telah diberikan selama berada di SKKK 1.
TERAPI MINDA PPKI SKKK 1
13 APRIL, 2011 - Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK 1 telah membuat satu rombongan ke Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu untuk membuat beberapa aktiviti Terapi Minda. Pelbagai aktiviti menarik yang dapat memberi ransangan kepada murid-murid telah dijalankan. Antaranya senamrobik yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPGM yang sedang membuat praktikum di kelas PPKI, aktiviti berjalan kaki di sepanjang laluan pejalan kaki sambil melihat alam sekeliling, melihat secara dekat binatang peliharaan seperti rusa dan seterusnya murid-murid di benarkan bermain di taman permainan yang disediakan di pusat rekreasi tersebut. Kelihatan murid-murid begitu gembira dan seronok sekali.
Sunday, April 10, 2011
MAJLIS PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN MURID PEND KHAS
KHAMIS 7 APRIL, 2011- Satu majlis perkongsian ilmu pengurusan murid-murid Pendidikan Khas telah diadakan di Bilik Gerakan SK. Kubang Kerian 1, Kota Bharu bermula jam 9.30 pagi. Dalam majlis ini para ibu bapa/penjaga murid-murid PPKI SKKK 1 telah dijemput untuk sama-sama berkongsi ilmu dan ideal tentang pengurusan anak-anak istimewa. Penceramah yang sudi berkongsi ilmu pada hari ini tidak lain dan tidak bukan guru yang paling dikenali dalam dunia pendidikan khas iaitu Pn. K.A. Razhiyah K.A.Mohamed, Guru Cemerlang Pendidikan Khas Negeri Kelantan. Banyak ilmu yang telah dikongsi dalam majlis ini. Semua ibubapa/penjaga yang berkesempatan hadir pada hari ini amat berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan dan program yang pihak sekolah anjurkan.
Dalam majlis yang sama juga turut di jemput pegawai daripada Bank Simpanan Nasional Cawangan Kota Bharu telah hadir memberi taklimat tentang Kelab Penabung Muda BSN. Mana-mana ibu bapa yang berminat dengan penerangan yang telah dijelaskan bolehlah menghubungi pegawai BSN melalui guru-guru PPKI SKKK 1.
Subscribe to:
Posts (Atom)