SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT DATANG

Share
KUBANG KERIAN - 21 FEBRUARI 2011 . Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Ustz. Ab. Akhiar b. Ab. Rahim yang telah dilantik sebagai guru J-Qaf dan ditempatkan di Program Integrasi Pendidikan Khas SKKK 1 bermula hari ini 21 Februari, 2011. Ustz Akhiar berasal dari Kg. Chicha Kubang Kerian dan merupakan anak jati Negeri Kelantan, berkelulusan Sarjana Muda Syairah dan Kehakiman (USIM). Seluruh warga PPKI mengucapkan tahniah dan Selamat Mengajar...........

Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT PPKI BERSAMA IBUBAPA 2011

Share



10HB. FEBRUARI 2011 - KUBANG KERIAN. Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama ibubapa murid-murid PPKI SKKK 1 telah diadakan pada hari Khamis, 10hb. Februari, 2011 bertempat di bilik gerakan SKKK 1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat. Kehadiran para ibubapa/penjaga dalam majlis ini begitu mengalakkan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat serta Ketua Jabatan Pendidikan Khas IPGM Kota Bharu iaitu Dr. Hj. Abdullah b. Yusof. Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyampaikan salam kerana tidak dapat hadir sama dalam majlis tersebut , beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu di PPD KB. Dalam majlis ini banyak nasihat serta motivasi diberikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran dan juga Dr. Hj. Abdullah b. Yusof kepada pada ibubapa/penjaga dan juga guru-guru PPKI dalam sama-sama mendidik anak-anak istimewa ini agar lebih cemerlang dan sentiasa sabar dalam menangani kerenah mereka. Dalam majlis ini turut dibentangkan perancangan aktiviti tahunan yang akan diadakan sepanjang tahun 2011, para ibubapa juga dialu-alukan agar sentiasa memberi pendapat dan pandangan atau berbincang dengan guru-guru dalam meningkatkan prestasi anak masing-masing. Kata sepakat juga diambil dalam majlis ini tentang sumbangan tabung kebajikan anak-anak istimewa ini agar dapat membantu melancarkan lagi perjalanan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Majlis juga bersetuju mewujudkan ahli jawatankuasa bertindak dikalangan ibubapa, seramai 5 orang wakil ibubapa telah dilantik sebagai AJK PPKI SKKKI. Ahli jawatankuasa yang dilantik pada hari ini akan mewakili semua ibubapa dalam semua tindakan yang melibatkan anak-anak/ibubapa PPKI SKKK 1 ini. Sehubungan itu seluruh warga PPKI SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis pada hari tersebut. Semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyallah.
Related Posts with Thumbnails