SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Sunday, July 19, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS

Share
Suasana Pameran di Ruang Dataran Ilmu IPGM Kampus Kota Bharu

Tn. Hj. Amanah (Penyelia Pendidikan Khas PPD Kota Bharu) dan En. Nik Jailani b. Nik Mat
(PK Pendidikan Khas SKKK 1) turut hadir dalam seminar yang dianjurkan


KOTA BHARU - 7 & 8 JULAI 2009. Satu Karnival Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu telah diadakan pada 7 dan 8 Julai 2009. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YBhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd Dom. Sepanjang karnival berjalan, beberapa aktiviti telah dianjurkan. Antara aktiviti sepanjang karnival berjalan ialah Pameran Pendidikan Khas, pertandingan mewarna dan melukis, Forum, Luahan rasa pelajar pendidikan khas dan Seminar Pendidikan Khas "HALA TUJU PENDIDIKAN KHAS'. Unit Pendidikan Khas SKKK 1, turut melibatkan diri dalam karnival tersebut. Antaranya, pertandingan mewarna yang diwakili oleh 3 orang murid ( Mohd Amin b. Maula Ismail, Salmi Shuhada bt. Mohd Nawawi dan Ahmad Aufa b. Abd. Halim), manakala seminar telah diwakili dua orang guru iaitu En. Nik Jailani b. Nik Mat (Penolong Kanan Pendidikan Khas) dan Pn. Nor Shamsiah bt. Ismail (Guru Pendidikan Khas Integrasi)

Tuesday, July 14, 2009

SELAMAT DATANG BUAT WARGA PKBP YANG BARU

Share
USTAZAH PN. HJH. NOR AINI BT. MUHAMAD
ADIK SALMI SHUHADA BT. MOHD NAWAWI

KUBANG KERIAN - Awal Julai 2009 PKBP SKKK 1 menerima dua orang warga baru iaitu seorang murid dan seorang Ustazah. Selamat datang buat Ustazah Hjh. Nor Aini bt. Muhammad yang ditempatkan oleh JPN untuk mengajar Pendidikan Agama Islam di kelas PKBP. Semoga dapat menjalankan tugas dengan dedikasi disamping mendapat pengalaman baru dengan murid-murid Pedidikan Khas.

Tidak dilupakan ucapan selamat datang dan selamat belajar di PKBP SKKK 1 buat adik Salmi Shuhada bt. Mohd Nawawi yang bertukar sekolah dari SK. Seri Wangi Gua Musang. Selamat belajar dan semoga seronok belajar disini.

Tuesday, July 7, 2009

SEKITAR MESYUARAT IBUBAPA / PENJAGA MURID PKBP DENGAN GURU DAN PENTADBIR SKKK 1

Share


2 JULAI 2009 - KUBANG KERIAN. Satu majlis mesyuarat ibubapa / penjaga murid PKBP, Pra Integrasi dan murid OKU yang belajar di SKKK 1 telah diadakan pada 2 Julai 2009 baru-baru ini. Syukur Alhamdullilah, kehadiran ibubapa/penjaga amat menggalakkan. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah :-

1. Pengurusan Elaun Murid OKU. Mulai tahun 2009 kerajaan telah memperuntukan elaun murid OKU sebanyak RM 150/bulan atau RM 1800/tahun. Pekeliling telah dikeluarkan oleh Kementerian untuk selaraskan perkara ini. Mengikut pekeliling yang dikeluarkan buku akaun murid hendaklah disimpan disekolah yang yang diuruskan oleh pihak sekolah bagi mengawal penggunaan duit yang diberikan. Dalam hal ini sekolah telah melantik Pn. Rosliza bt. Ja’far untuk menguruskan perkara ini. Oleh itu ibubapa diminta kemukakan buku akaun kepada pihak sekolah setelah selesai mengemakinikannya.
2.Terdapat 3 orang murid belum mendapat elaun murid OKU kerana mendaftar selepas Mac 2009.Murid yang terlibat ialah WAN NUR SYUHADA BT. WAN OTHMAN (PRA INTEGRASI), MOHAMAD FARID AMIRUL B. MOHD FAIZUL (PRA INTEGRASI) dan MUHAMMAD AQIL B. AZMI (PRA INTEGRASI). Elaun tersebut akan diuruskan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri selepas Julai ini.
3. Menyeru ibubapa menyertai aktiviti yang dijalankan oleh sekolah, termasuk ibubapa murid OKU yang belajar di arus perdana dialu-alukan untuk turut melibatkan diri.
4. Sumbangan Kebajikan Murid PKBP
5. Makluman kepada semua, satu lawatan ke luar Negeri akan diadakan iaitu Negeri Terengganu. Oleh itu ibubapa diberi peluang untuk mengiringi anak masing-masing dengan tambahan yuran sebanyak RM 20.00 atau RM 30.00 untuk menampung perbelanjaan yang dikeluarkan oleh sekolah dan tabung kebajikan murid PKBP.
6. Selain itu satu lawatan menjelajah Selatan Kelantan akan diadakan penghujung tahun ini dengan menaiki keretapi. Oleh itu ibu bapa juga turut diberi peluang untuk mengiringi anak masing-masing. Aktiviti yang akan diadakan ini akan dikeluarkan surat pekeliling mengikut masa yang ditetapkan.
Related Posts with Thumbnails