SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Friday, May 29, 2009

SUKAN TAHUNAN SKKK 1 2009

Share
Murid-murid sedang kusyuk mendengar peraturan permainan yang diberikan oleh pengurus peserta
Murid-murid sedang bertungkus lumus untuk mendapat tempat pertama

Pengurus peserta sempat bergambar kenangan sebelum acara bermula

Salah seorang hakim penamat memberi sedikit taklimat kepada murid-murid sebelum acara dimulakan



Murid-murid sabar menunggu untuk memulakan acara sukaneka



Murid -murid sempat berposing sebelum acara dimulakan

27 Mei 2009 - KUBANG KERIAN. Sukan tahunan 2009 bagi SKKK 1 telah selamat diadakan pada 27 dan 28 Mei, 2009. Murid Pendidikan Khas turut menyertainya dengan 2 acara sukaneka. Acara sukaneka yang disertai oleh murid P.Khas ialah menyusun pundi kacang dalam relung rotan dan berebut gula-gula/makanan ringan. Walaupun 2 acara tersebut, amat mudah bagi murid normal tapi ianya menjadi satu acara yang begitu sukar untuk murid PKhas melakukannya. Kami guru-guru telah bertungkus lumus membuat latihan sejak 2 minggu lepas lagi. Syukur alhamdulilah murid kami mampu membuatnya sehabis baik. Syabas buat mereka.

Monday, May 25, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PKBP DAN PRA INTEGRASI SKKK 1

Share
Kek sambutan hari lahir yang disumbangkan oleh salah seorang ibubapa murid PKBP SKKK 1 (Alhamdulilah)
Kek sambutan hari lahir yang disumbangkan oleh salah seorang warga SKKK 1 (Alhamdulilah)

Kek sambutan hari lahir yang disumbangkan oleh salah seorang ibubapa murid PKBP SKKK 1 (Alhamdulilah)

Sebahagian murid-murid yang menyambut hari kelahiran bagi kelahiran Januari - Jun. Semoga panjang umur, murah rezaki dan berbahagia hendaknya. Selamat Hari Jadi daripada guru dan PPM PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1

Salah satu acara ibubapa bersama anak iaitu, acara ibu/bapa memakai kasut anak

Acara yang ditunggu -tuggu oleh semua murid, iaitu acara merebut gula-gula dan belon. Syabas buat mereka kerana menyertai acara yang dijalankan

Ibu/bapa sabar menungu sementara guru-guru membuat persiapan untuk memulakan aktiviti sukaneka

Ibu/bapa berkejasama mengangkat barang-barang turun dari bas dan berangkat ke padang untuk aktiviti seterusnya

Murid dan ibubapa sabar menanti untuk mengangkat barang keperluan naik ke atas bas.


Tanggal 25 Mei, 2009 menjadi suatu ingatan yang indah buat seluruh warga PKBP dan PRA Integrasi kerana program bersama ibu bapa berjalan seperti yang dirancang. Bertempat di Taman Perbandaran Tengku anis, Tanjung Chat Kota Bharu, sambutan yang dirancang berjalan dengan sempurna.Alhamdullilah.Rasa syukur yang tidak terhingga kerana program yang dirancang selama ini oleh guru-guru PKBP untuk mengadakan sambutan kelahiran murid bersama ibu bapa berjalan dengan lancarnya dan sunggguh meriah sekali. Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa begitu menggalakan dan kami guru-guru rasa begitu terharu dengan sambutan yang diberikan oleh ibu bapa. Sehingga ada ibu atau bapa yang sanggup mengambil cuti untuk menyertai program yang dijalankan oleh sekolah bersama anak-anak mereka. Bukan sokongan moral dan penyertaan sahaja yang diberikan oleh ibu bapa, malah ada yang turut meyumbang barangan serta kewangan. Dengan rasa penuh kesyukuran kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi sumbangan, juga yang turut memeriahkan program yang dirancang, hanya YANG MAHA ESA sahaja yang dapat membalasnya. Sepanjang program berjalan, murid ditemani oleh seorang ibu / bapa / penjaga. Beberapa acara sukneka telah dijalankan dan satu acara ibubapa turut diadakan. Murid-murid dan ibu bapa begitu gembira sekali walaupun aktiviti yang dijalankan dibawah panas matahari. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua warga PENDIDIKAN KHAS SKKK 1. Terima kasih kepada semua yang telah turut menjayakan program ini sehingga berjalan dengan begitu lancar sekali. Hanya YANG MAHA ESA sahaja yang dapat membalasnya dengan adil. Insyaallah panjang umur jumpa lagi di aktiviti lain pula. Terima kasih semua,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,LAGI GAMBAR

Sunday, May 24, 2009

KURSUS PENGGUNAAN EDUWEBTV DALAM P & P

Share



Pada hari Sabtu 23hb. Mei, 2009 semua guru SKKK 1 diminta menghadiri kurus penggunaan
EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus yang dianjurkan oleh unit LDP SKKK 1 turut disertai oleh guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kursus ini mendedahkan kepada guru-guru tentang pengenalan EDUWEBTV, cara untuk log masuk serta fungsi EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah. Selepas kursus ini diharap guru-guru pendidikan khas dapat mengaplikasikan penggunaan EDUWEBTV dalam P & P di bilik darjah dan seterusnya dapat mendedahkan murid-murid kepada dunia IT dalam P & P.

Friday, May 22, 2009

LATIHAN SUKANEKA PKBP

Share
Salah seorang pengurus pasukan bagi acara membuka dan memakai kasut sendiri sedang memberi taklimat / penerangan kepada murid-muridnya agar dapat mencari kasut kepunyaan sendiri

Terdapat juga murid yang merajuk dan tidak mahu mengambil bahagian dalam latihan bersama rakan-rakan mereka yang lain

Murid-murid sempat bergambar dengan jurulatih dan pengurus pasukan yang terdiri daripada guru-guru dan PPM PKBP SKKK 1.


Murid-murid sedang melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum berlatih dengan lebih gigih dan bersemangat

Murid-murid begitu bersemangat membuat latihan untuk merebut juara di hari pertandingan nanti.


Pada pagi Khamis bersamaan 21hb. Mei, 2009 semua murid tahap 1 SKKK 1 diminta membuat latihan sukaneka sempena sukan tahunan yang akan berlangsung minggu hadapan. Sehubungan dengan itu tidak terkecuali anak-anak pendidikan khas juga turut membuat latihan sukaneka bagi melancarkan acara yang akan berlangsung minggu hadapan. Banyak sungguh watak-watak dan perlakuan yang lucu sepanjang latihan dijalankan. Ada terdapat murid yang begitu yakin dan bersemangat menjalankan latihan, tidak kurang juga ada terdapat murid yang merajuk tanpa sebab dan tidak mahu ambil bahagian. Bagi kami yang telah berhadapan setiap hari dengan telatah anak-anak ini sudah menjadi asam garam dalam kehidupan. Biasalah anak-anak istimewa perangai, perasaan dan tingkah laku mereka sukar diramal. Kita yang sempurnalah tempat mereka menumpang kasih mengasihi antara satu sama lain.

Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Share




Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru. Banyak acara menarik dijalankan bersama murid sepanjang majlis sambutan. Antara acara yang dijalankan adalah senamrobik perdana seluruh warga SKKK 1 termasuk murid PKBP, pertandingan bola sepak antara guru lelaki dan murid lelaki, berebut kerusi (guru perempuan), bola beracun dan beberapa acara pentas. Semua murid PKBP menyertai acara senamrobik perdana yang dijalankan di padang SKKK 1. SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH CIKGU,,,,,
Related Posts with Thumbnails