Bersyukur kita kehadrat ILAHI dan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana pada minggu ini bermulanya pegubahsuaian kelas PKBP. Kelas PKBP akan mengalami satu perubahan baru apabila mendapat peruntukan baik pulih kelas untuk mengantikan lantai simen pada lantai bertar, serta cat baru. Walaupun tanpa bangunan baru dan kelengkapan yang tidak mencukupi, sekurang-kurangnya baik pulih ini dapat memberi sedikit keselesaan kepada murid-murid untuk belajar. Syukur Alhamdulillah,,,,,,,,
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Sunday, March 22, 2009
SELAMAT DATANG
Selamat datang diucapkan kepada kumpulan guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Kota Bharu, Institut Perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka di atas kunjungan mereka ke SKKK 1 amnya dan kelas PKBP khasnya kerana sudi membuat ROS (Rancangan Orientasi Sekolah) di SKKK 1. Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang guru pelatih akan membuat pemantauan senario masyarakat sekolah selama 1 hingga 2 minggu. Mereka dari kumpulan guru yang sedang mengambil kursus dalam Pendidikan Khas. Semoga mereka mendapat banyak maklumat yang berguna sepanjang berada di SKKK 1.
SELAMAT BERTUGAS
SELAMAT PENGANTIN BARU
Tuesday, March 17, 2009
TAKZIAH BUAT KELUARGA ADIK RAJA MOHD AKASHAH IMAN,,
Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 dan seluruh warga SKKK 1 mengucapkan takziah buat keluarga adik Raja Mohd Akashah Iman diatas kembalinya ke rahmatullah adik Raja Akashah pada 14hb. Mac, 2009 kerana penyakit leaukimia. Beliau telah dimasukkan ke Hospital USM Kubang Kerian awal Januari 2009 dan menghembuskan nafas terakhir disisi ibunya di HUSM Kubang Kerian. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan memberi kesedaran kepada kita yang masih hidup bahawa segala yang ada didunia ini hanyalah pinjaman sahaja, tiada yang kekal kecuali yang MAHA ESA. Semua kenangan ketika bersama tetap menjadi ingatan sepanjang hayat.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008
Wednesday, March 4, 2009
GELOMBANG AIR LAGI,,,,
Bermesra dan bermain dengan air sudah menjadi sinonim bagi guru dan murid pendidikan khas SKKK 1. Tanggal 3hb. Mac, 2009 kami warga pendidikan khas sekali lagi dibanjiri air hujan yang bukan sahaja membasahi bumi Allah malah melimpah masuk hingga ke ruang belajar anak-anak pendidikan khas. Anak-anak terpaksa pulang ke rumah masing-masing bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Gambar yang dipaparkan merupakan fenomena yang pasti akan berlaku atau berulang setiap kali hujan turun dengan lebat.
Walau apapun kami tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Amin,,,,
Walau apapun kami tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Amin,,,,
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)