SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Thursday, January 29, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH,,,

Share
Kami warga SKKK 1, khasnya unit pendidikan khas mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat adik Raja Mohd Akashah b. Raja Mohd Amin yang dimasukkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian kerana penyakit leaukimia. Doa dari kami semoga cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa. Amin.

SELAMAT BELAJAR DI SEKOLAH BARU,,,,,,,,,,

Share
Selamat belajar dan selamat bertukar buat adik Wan Muhammad Nizamudin b. Wan Mohd. Fekeri yang bertukar ke SK. Kubang Kerian 3 baru-baru ini. Semoga terus belajar, sihat dan gembira selalu. Doa dari cikgu semoga Nizam berjaya dalam hidup.

Thursday, January 15, 2009

BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Share
1. Lambat berkembang

2. Berbentuk kod terhad (kurang menggunakan imbuhan, sintaksis tidak lengkap, banyak menggunakan gestures, bahasa loghat)

3. Kurang aktif dan kreatif dalam aktiviti lisan

4. Perbendaharaan kata terhad

5. Pemilihan perkataan tidak menepati maksud

6. Perbincangan tidak menepati tajuk

7. Kurang keyakinan diri (enggan, takut atau malu bercakap)

Wednesday, January 14, 2009

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Share
Pada umumnya kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri berikut:-

1. lemah daya pemikiran (daya ingatan,tumpuan perhatian, pengamatan, pendengaran, penglihatan dan psikomotor, 3M (menulis, membaca, bertutur dan mengira) )

2. kurang keyakinan diri

3. sukar mengawal emosi

4. seringkali terganggu kesihatan

5. mudah tertarik pada yang lain

6. perlakuan tidak tetap

7. suka mengusik

8. terlalu aktif / pasif

9. terlalu mementingkan hak sendiri

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBELAJARAN

Share
Empat faktor umum telah dikenalpasti sebagai faktor penyebab masalah pembelajaran iaitu:-

1. Kecacatan otak

2. Keturunan

3. Pemakanan dan persekitaran

4. Biochemical

Tuesday, January 13, 2009

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Share
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran agak heterogeneous sifatnya. Mereka termasuk kanak-kanak yang lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Monday, January 5, 2009

Share

Murid tetap hadir kesekolah walaupun
kelas serba kekurangan.
Syabas buat mereka,,,,,

SERONOKNYA BILA SEKOLAH DI BUKA SEMULA........

Share

Sunday, January 4, 2009

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DALAM MEMORI 2009

Share

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2009

Share
Hari pertama persekolahan tahun 2009 agak suram sedikit kerana keadaan kelas yang semakin daif setelah dilanda banjir pada musin cuti sekolah baru-baru ini. Banyak peralatan asas didalam kelas dan bahan P&P yang musnah dilanda banjir. Walaubagaimanapun, aktiviti P&P ditahun 2009 tetap berjalan seperti biasa.
Selamat datang diucapkan buat murid-murid yang baru mendaftar hari ini.

Saturday, January 3, 2009

SELAMAT BELAJAR ,,,,,,,,,,

Share
Kami guru-guru Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan selamat belajar buat semua murid PKBP SKKK 1 ditahun 2009. Tidak ketinggalan selamat meneruskan pembelajaran di sekolah menengah buat anak-anak yang akan meneruskan pelajarannya di sekolah menengah pada tahun ini. Mereka yang akan meninggalkan alam sekolah rendah ialah adik Wan Nur Fatin Nadhirah bt. wan Hussein, adik Mohd Hairee b. Abdul Ghani dan adik Nabihah bt. Afifi.
Related Posts with Thumbnails