SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT DATANG

Share
KUBANG KERIAN - 21 FEBRUARI 2011 . Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Ustz. Ab. Akhiar b. Ab. Rahim yang telah dilantik sebagai guru J-Qaf dan ditempatkan di Program Integrasi Pendidikan Khas SKKK 1 bermula hari ini 21 Februari, 2011. Ustz Akhiar berasal dari Kg. Chicha Kubang Kerian dan merupakan anak jati Negeri Kelantan, berkelulusan Sarjana Muda Syairah dan Kehakiman (USIM). Seluruh warga PPKI mengucapkan tahniah dan Selamat Mengajar...........

Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT PPKI BERSAMA IBUBAPA 2011

Share



10HB. FEBRUARI 2011 - KUBANG KERIAN. Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama ibubapa murid-murid PPKI SKKK 1 telah diadakan pada hari Khamis, 10hb. Februari, 2011 bertempat di bilik gerakan SKKK 1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat. Kehadiran para ibubapa/penjaga dalam majlis ini begitu mengalakkan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat serta Ketua Jabatan Pendidikan Khas IPGM Kota Bharu iaitu Dr. Hj. Abdullah b. Yusof. Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyampaikan salam kerana tidak dapat hadir sama dalam majlis tersebut , beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu di PPD KB. Dalam majlis ini banyak nasihat serta motivasi diberikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran dan juga Dr. Hj. Abdullah b. Yusof kepada pada ibubapa/penjaga dan juga guru-guru PPKI dalam sama-sama mendidik anak-anak istimewa ini agar lebih cemerlang dan sentiasa sabar dalam menangani kerenah mereka. Dalam majlis ini turut dibentangkan perancangan aktiviti tahunan yang akan diadakan sepanjang tahun 2011, para ibubapa juga dialu-alukan agar sentiasa memberi pendapat dan pandangan atau berbincang dengan guru-guru dalam meningkatkan prestasi anak masing-masing. Kata sepakat juga diambil dalam majlis ini tentang sumbangan tabung kebajikan anak-anak istimewa ini agar dapat membantu melancarkan lagi perjalanan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Majlis juga bersetuju mewujudkan ahli jawatankuasa bertindak dikalangan ibubapa, seramai 5 orang wakil ibubapa telah dilantik sebagai AJK PPKI SKKKI. Ahli jawatankuasa yang dilantik pada hari ini akan mewakili semua ibubapa dalam semua tindakan yang melibatkan anak-anak/ibubapa PPKI SKKK 1 ini. Sehubungan itu seluruh warga PPKI SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis pada hari tersebut. Semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyallah.

Monday, January 31, 2011

SELAMAT DATANG

Share
Salam 1Malaysia diucapkan buat para tamu yang dirahmati........Seluruh warga Program Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1 mengucapkan Selamat datang dan selamat berpraktikum diucapkan kepada Cikgu Ahmad Kamal b. Zainuddin dan Cikgu Mohd Khairulddin b. Abdan, guru pelatih IPGM Kota Bharu. Beliau menjalani latihan praktikum selama 3 bulan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula 30hb. Januari, 2011 hingga 28 April, 2011. Selamat berpraktikum dan semoga beliau berdua dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman bersama murid-murid PPKI SKKK 1........

Thursday, January 13, 2011

GENAP 2 MINGGU SESI PERSEKOLAHAN 2011

Share
Salam 1 Malaysia buat semua tetamu yang dirahmati. Salam persekolahan 2011......Hari ini genap 2 minggu sesi persekolahan 2011. Pelbagai ragam dan masalah di awal sesi persekolahan 2011 dapat diatasi dengan jayanya. Kelas yang dinaiki air pada awal sesi persekolahan telah dapat digunakan semula dengan sepenuhnya. Murid telah dibahagi kepada 6 kumpulan utama mengikut kebolehan masing-masing......Murid-murid telah mula belajar dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Sehingga hari ini kedatangan murid amat memuaskan. Walaubagaimanapun gambar-gambar untuk sesi pembelajaran tahun 2011 akan dimuatkan dalam masa terdekat insyallah........

Monday, November 15, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN

Share

Murid memotong kek hari jadi bersama guru besar SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh


Majlis jamuan akhir tahun, sambutan Hari Lahir Julai - Disember serta meraikan murid yang akan ke sek. menengah tahun 2010 telah diadakan pada 14hb. November, 2010. Majlis kali ini diadakan secara sederhana sahaja melibatkan guru dan murid-murid sahaja bertempat di Kelas Pra Integrasi SKKK 1. Murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Julai - Disember diraikan dengan menerima hadiah sebuah bag sekolah serta sedikit makanan ringgan manakala murid-murid yang akan ke sekolah menengah menerima barangan keperluan alat tulis, serta sedikit makanan ringgan. Walaupun sambutan diadakan secara sederhana namun ianya tetap meriah dan murid-murid begitu gembira sekali,,,,seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Selamat Hari Lahir bagi murid yang menyambut hari lahir dan Selamat Ke Sekolah Menengah semoga terus maju dan berdaya saing,,,,,yakin boleh..........insyallah

Wednesday, October 27, 2010

BELAJAR SAMBIL MELAWAT

Share



i
27hb. Oktober, 2010 - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan bersama murid PPKI, ibubapa pengiring serta guru dan PPM ke beberapa tempat menarik sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Rombongan pada kali ini menggunakan sebuah bas persiaran, sebuah van serta tiga buah kereta guru. Rombongan lawatan bergerak meninggalkan sekolah tepat jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.15 petang. Antara tempat yang telah dikunjungi ialah Pusat Penternakan Ikan air Tawar (keli) di Kg. Bunut Susu Pasir Mas iaitu kepunyaan Syarikat AZZ Marketing, Pantai Seri Tujuh dan Pusat Perniagaan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Semasa di Pusat Perternakan Ikan Air Tawar, semua murid-murid PPKI diberi peluang memberi ikan keli makan. Semasa memberi ikan makan, murid-murid berpeluang melihat dengan lebih dekat ikan keli akan timbul dan berebut makanan antara satu sama lain. Murid-murid juga dibawa melawat koleksi ikan dalam alkuarium yang terdapat disitu. Semasa di pusat itu, murid-murid diberi peluang untuk meyaksikan ikan paling besar yang diberi nama ikan naga. Selepas melawat ikan dalam alkuarium murid-murid diberi peluang untuk mandi manda dikolam mandi. Kelihatan murid-murid begitu seronok dan memberi pendedahan kepada mereka pembelajaran/aktiviti luar bilik darjah.
Hampir 2 jam berada dipusat ternakan ikan itu, rombongan berhenti untuk makan dan solat di Pantai Seri Tujuh dan seterusnya ke Pusat Perniagaan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Seterusnya rombongan tiba semula disekolah tepat jam 4.15 petang. Terdapat banyak lagi gambar boleh didapati di Facebook Kelas Integrasi Kubang Kerian,,,,,,,,

Thursday, October 14, 2010

BAKAT SEDIA ADA

Share
Aksi adik Md Shahriel menunjukkan bakat menyikat rambut,,,,semua murid di dalam kelasnya secara bergilir-gilir disikatnya tanpa mendengar arahan dari guru berhenti menyikat kerana hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran,,,,,begitulah setiap hari jika dia belum habis melakukan aktivitinya tak usah diminta berhenti kerana dia tak akan berhenti tanpa selesai apa yang sedang dibuatnya,,,,sehingga kadang-kadang guru terpaksa menunggu hingga selesai aktiviti yang sedang dilakukannya,,, tanpa kehadirannya dikelas....pasti kelas akan sunyi,,,,begitulah gelagat adik Md Syahriel yang sentiasa ceria dan ceria....

Sedang menyikat rambut adik Yuzveen

Menyikat rambut adik Raja Baihaqi...rakan yang selalu menggangu aktiviti yang dilakukannya

Menyikat rambut sahabat baiknya adik Arif Izzuddin

Menyikat rambut adik Irfan....yang sentiasa tenang dan tenang
Related Posts with Thumbnails