SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Sunday, March 21, 2010

SELAMAT DATANG WARGA BARU PEND KHAS SKKK 1

Share
Guru Pelatih dari IPGM KB - Menjalani ROS selama satu minggu


Guru GSTT baru Cik Nazatul Mazliana bt. Mohamad Zin

Guru Pelatih dari IPGM KB - Menjalani Latihan Praktikum di Kelas Pend. Khas SKKK 1

KUBANG KERIAN - 21HB. MAC, 2010. Sekalung ucaapan selamat datang dan selamat bertugas buat tiga orang warga baru Kelas Pendidikan Khas SKKK 1. Mereka terdiri daripada dua orang guru pelatih dari IPGM KB iaitu Cik Anis Syuhada bt. Nazari dan Cik NurHazmalina bt. Abdullah Sani yang akan menjalani praktikum disini selama 4 minggu bermula hari ini hingga 15hb. April, 2010. Kami juga menerima tiga orang guru pelatih dari IPGM KB yang datang menjalani Latihan Berasaskan Sekolah (ROS) selama satu minggu bermula hari ini. Mereka terdiri daripada Cik Normahara bt. Norlias, Cik Nurhazwani bt. Nawi dan Cik Nur Ilham bt. Ibrahim. Seterusnya kelas pendidikan khas menerima seorang lagi guru baru (GSTT) iaitu Cik Nazatul Mazliana bt. Mohamad Zin yang telah melapor diri untuk bertugas bermula 16hb. Mac. 2010. Kami seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan selamat datang dan selamat mengajar serta selamat menjalani ROS di sekolah kami, semoga dapat menyumbangkan ideal-ideal baru untuk anak-anak didik disini............

Thursday, March 11, 2010

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

Share

Selamat Bercuti diucapkan kepada murid-murid PPKI SKKK1 dan seluruh warga SKKK 1 serta semua warga Pendidik Amnya. Semoga waktu cuti dapat dihabiskan dengan perkara berfaedah. Kita akan bersua kembali pada 21hb. Mac, 2010...Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalan raya....

Sunday, February 28, 2010

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN

Share
Murid-murid sedang mendengar ceramah Motivasi yang
disampaikan oleh Penceramah Jemputan

Adik Md. Amin sedang menjalankan aktiviti Jati Diri

Murid - murid Sedang Mendengar Taklimat Sebelum Aktiviti Dijalankan

27HB. FEBRUARI 2010 - KUBANG KERIAN. Sk. Kubang Kerian 1, telah mengadakan Program Motivasi Kepimpinan dan Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, SPBT, Briget ICT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah 2010 pada hari Sabtu dan Ahad ( 27 dan 28hb. Feb. 2010) untuk pemimpim kecil SKKK 1. Dalam majlis tersebut, seramai tiga orang murid Pendidikan Khas SKKK 1 turut serta dalam majlis tersebut yang mewakili Pengawas Pendidikan Khas dan Ketua Darjah iaitu adik Nik Md. Nu'man b. Che Ghani, adik Md. Amin b. Ismail (Pengawas Pend. Khas), manakala adik Ahmad Fawwaz b. suhaimi (Ketua Darjah PKBP). Program ini berjalan selama dua hari bermula hari Sabtu jam 8.30 pagi - 6.00 petang, dan Ahad jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Pada hari kedua program, pemimpim kecil menerima watikah perlantikan daripada Supt. Azli b. Md Noor iaitu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Kelantan. Objektif utama perlantikan Pegawas PKBP adalah untuk memupuk semangat kerjasama, tolenrasi, berdikari dan berkeyakinan dalam diri serta dapat membina dan membentuk peribadi positif, berkarisma dalam diri mereka. Untuk anak-anak Pendidikan Khas, Selamat Menjalankan Tugas Yang diamanahkan,,,,,

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU,,,,,,,,

Share
Bergambar Kenangan Bersama Ibubapa Pegantin Perempuan

Bergambar Kenangan Bersama Ibubapa Pegantin Lelaki

Pasangan Sehati Sejiwa Sama Cantik Sama Padan

15HB. FEBRUARI 2010. Tahniah dan syukur diucapkan kepada pasangan sehati sejiwa Pn. Marlini bt. Zakaria (PPM Kelas Pendidikan Khas SKKK 1) dengan pasangannya Nik Hafizzi b. Nik Abd. Halim yang telah selamat diijabkabulkan pada 21hb. Sept. 2009 dan menjadi raja sehari pada 15hb. Februari, 2010 yang lepas. Semoga cepat mendapat cahaya mata dan didoakan semoga dengan terbinanya ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhirnya,,,,,

Monday, February 8, 2010

SEMINAR PENGENDALIAN KANAK-KANAK AUTISMA

Share
Satu Seminar Pengendalian Kanak-kanak Autisma dan Perkhidmatan yang disediakan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.

Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Auditorium Perubatan Nuklear, Hospital USM Kubang Kerian.

Kepada ibubapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan seminar daripada guru Pendidikan Khas SKKK 1 sebelum 16hb. Februari 2010.
Sekian untuk makluman .

Tuesday, January 12, 2010

Share


12HB.JANUARI 2009 - KUBANG KERIAN. Selamat Datang dan sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Ketua Sektor Pendidikan Khas Tn. Hj. Nasarudin b. Talib kerana telah sudi hadir ke Kelas Integrasi Pendidikan Khas SKKK 1 pada hari ini, sempena lawatan pemantauan persekolahan 2010.Sempena lawatan ke kelas PKBP sedikit taklimat serta perbincangan tentang murid-murid dan pengurusan kelas Pendidikan Khas SKKK 1 telah diadakan bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas serta guru-guru PKBP. Kami warga PKBP SKKK 1 mengucapkan terima kasih diatas kesudian kunjungan Tn. Hj. Nasarudin ke kelas PKBP SKKK 1, dan harapan kami semoga lain masa lain ketika sudilah lagi berkunjung ke kelas kami.Insyaallah,,,,,,,

Monday, January 4, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010

Share
En. Arman b. Ibrahim
(Guru Pendidikan Khas, mula melapor diri di kelas PKBP SKKK 1 pada 1hb. Dis. 2009)
Pn. Nailie bt. Mohd Zain
(Guru Pendidikan Khas, mula melapor diri di kelas PKBP SKKK 1 pada 1 Dis. 2009)


Warga baru PKBP SKKK 1

Kunjungan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu
Tn. Hj. Amanah b. Derahim
3HB. JANUARI 2010-KUBANG KERIAN. Selamat Kembali ke sekolah buat semua guru dan murid SKKK 1 amnya dan murid serta guru PKBP SKKK 1 khasnya. Suasana pagi disambut dengan penuh keriangan dan ceria bagi semua murid setelah sekian lama bercuti panjang. Terdapat empat orang murid PKBP akan melangkah ke tingkatan 1 dan kami menerima beberapa orang murid baru. Sehingga hari ini jumlah murid meningkat ke 47 orang. Kami meramalkan masih ada murid akan datang mendaftar dalam minggu ini dan besar kemungkinan akan mencecah ke angka 50 orang. Ditahun ini juga kami menerima 2 orang guru baru yang telah mendaftar diri di kelas PKBP mulai 1hb. Dis. 2009. PKBP SKKK 1 juga kehilangan 1 orang guru iaitu Pn. Norhayati bt. Mohd Yunus, yang telah bertukar ke SK. Tanjung Mas mulai 1 Januari 2010. Pada hari pertama persekolahan ini juga PKBP telah menerima kunjungan lawatan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu iaitu Tn. Hj. Amanah b. Derahim. Buat Tn. Hj. Amanah terima kasih dari kami semua atas kesudian berkunjung ke kelas kami, seolah-olah memberi satu semangat kepada kami untuk meneruskan pembelajaran di tahun 2010 ini. Kepada semua Selamat Belajar di Tahun 2010, semoga bertambah keberkatan hendakNYA....

Related Posts with Thumbnails