SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Sunday, February 28, 2010

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN

Share
Murid-murid sedang mendengar ceramah Motivasi yang
disampaikan oleh Penceramah Jemputan

Adik Md. Amin sedang menjalankan aktiviti Jati Diri

Murid - murid Sedang Mendengar Taklimat Sebelum Aktiviti Dijalankan

27HB. FEBRUARI 2010 - KUBANG KERIAN. Sk. Kubang Kerian 1, telah mengadakan Program Motivasi Kepimpinan dan Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, SPBT, Briget ICT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah 2010 pada hari Sabtu dan Ahad ( 27 dan 28hb. Feb. 2010) untuk pemimpim kecil SKKK 1. Dalam majlis tersebut, seramai tiga orang murid Pendidikan Khas SKKK 1 turut serta dalam majlis tersebut yang mewakili Pengawas Pendidikan Khas dan Ketua Darjah iaitu adik Nik Md. Nu'man b. Che Ghani, adik Md. Amin b. Ismail (Pengawas Pend. Khas), manakala adik Ahmad Fawwaz b. suhaimi (Ketua Darjah PKBP). Program ini berjalan selama dua hari bermula hari Sabtu jam 8.30 pagi - 6.00 petang, dan Ahad jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Pada hari kedua program, pemimpim kecil menerima watikah perlantikan daripada Supt. Azli b. Md Noor iaitu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Kelantan. Objektif utama perlantikan Pegawas PKBP adalah untuk memupuk semangat kerjasama, tolenrasi, berdikari dan berkeyakinan dalam diri serta dapat membina dan membentuk peribadi positif, berkarisma dalam diri mereka. Untuk anak-anak Pendidikan Khas, Selamat Menjalankan Tugas Yang diamanahkan,,,,,

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU,,,,,,,,

Share
Bergambar Kenangan Bersama Ibubapa Pegantin Perempuan

Bergambar Kenangan Bersama Ibubapa Pegantin Lelaki

Pasangan Sehati Sejiwa Sama Cantik Sama Padan

15HB. FEBRUARI 2010. Tahniah dan syukur diucapkan kepada pasangan sehati sejiwa Pn. Marlini bt. Zakaria (PPM Kelas Pendidikan Khas SKKK 1) dengan pasangannya Nik Hafizzi b. Nik Abd. Halim yang telah selamat diijabkabulkan pada 21hb. Sept. 2009 dan menjadi raja sehari pada 15hb. Februari, 2010 yang lepas. Semoga cepat mendapat cahaya mata dan didoakan semoga dengan terbinanya ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhirnya,,,,,

Monday, February 8, 2010

SEMINAR PENGENDALIAN KANAK-KANAK AUTISMA

Share
Satu Seminar Pengendalian Kanak-kanak Autisma dan Perkhidmatan yang disediakan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.

Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Auditorium Perubatan Nuklear, Hospital USM Kubang Kerian.

Kepada ibubapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan seminar daripada guru Pendidikan Khas SKKK 1 sebelum 16hb. Februari 2010.
Sekian untuk makluman .

Tuesday, January 12, 2010

Share


12HB.JANUARI 2009 - KUBANG KERIAN. Selamat Datang dan sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Ketua Sektor Pendidikan Khas Tn. Hj. Nasarudin b. Talib kerana telah sudi hadir ke Kelas Integrasi Pendidikan Khas SKKK 1 pada hari ini, sempena lawatan pemantauan persekolahan 2010.Sempena lawatan ke kelas PKBP sedikit taklimat serta perbincangan tentang murid-murid dan pengurusan kelas Pendidikan Khas SKKK 1 telah diadakan bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas serta guru-guru PKBP. Kami warga PKBP SKKK 1 mengucapkan terima kasih diatas kesudian kunjungan Tn. Hj. Nasarudin ke kelas PKBP SKKK 1, dan harapan kami semoga lain masa lain ketika sudilah lagi berkunjung ke kelas kami.Insyaallah,,,,,,,

Monday, January 4, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010

Share
En. Arman b. Ibrahim
(Guru Pendidikan Khas, mula melapor diri di kelas PKBP SKKK 1 pada 1hb. Dis. 2009)
Pn. Nailie bt. Mohd Zain
(Guru Pendidikan Khas, mula melapor diri di kelas PKBP SKKK 1 pada 1 Dis. 2009)


Warga baru PKBP SKKK 1

Kunjungan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu
Tn. Hj. Amanah b. Derahim
3HB. JANUARI 2010-KUBANG KERIAN. Selamat Kembali ke sekolah buat semua guru dan murid SKKK 1 amnya dan murid serta guru PKBP SKKK 1 khasnya. Suasana pagi disambut dengan penuh keriangan dan ceria bagi semua murid setelah sekian lama bercuti panjang. Terdapat empat orang murid PKBP akan melangkah ke tingkatan 1 dan kami menerima beberapa orang murid baru. Sehingga hari ini jumlah murid meningkat ke 47 orang. Kami meramalkan masih ada murid akan datang mendaftar dalam minggu ini dan besar kemungkinan akan mencecah ke angka 50 orang. Ditahun ini juga kami menerima 2 orang guru baru yang telah mendaftar diri di kelas PKBP mulai 1hb. Dis. 2009. PKBP SKKK 1 juga kehilangan 1 orang guru iaitu Pn. Norhayati bt. Mohd Yunus, yang telah bertukar ke SK. Tanjung Mas mulai 1 Januari 2010. Pada hari pertama persekolahan ini juga PKBP telah menerima kunjungan lawatan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu iaitu Tn. Hj. Amanah b. Derahim. Buat Tn. Hj. Amanah terima kasih dari kami semua atas kesudian berkunjung ke kelas kami, seolah-olah memberi satu semangat kepada kami untuk meneruskan pembelajaran di tahun 2010 ini. Kepada semua Selamat Belajar di Tahun 2010, semoga bertambah keberkatan hendakNYA....

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR 2009

Share
Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (PK Pentadbiran) sedang menyampaikan keputusan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR

Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (PK Pentadbiran)sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibubapa yang turut hadir dalam majlis pengumuman keputusan UPSR 2009

Kelihatan murid begitu sabar menunggu keputusan diumumkan

KUBANG KERIAN - 19HB. NOVEMBER, 2009. Syukur dan tahniah kepada semua murid yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Pengumuman keputusan UPSR dan peyampaian keputusan telah disampaikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat (mewakili Tn. Guru Besar yang sedang berkursus di Kuala Terengganu) kepada kesemua murid yang mendapat keputusan 5A iaitu seramai 47 orang. Keputusan UPSR yang diumumkan pada tahun ini adalah pencapaian paling cemerlang dan memecah rekod sebelum ini. SKKK 1 mendapat tempat ke 6 daripada 100 buah sekolah dalam PPD Kota Bharu. Sehubungan dengan itu sekalung Ucapan Tahniah daripada kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 buat semua murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan tahniah juga kepada semua guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus mencurahkan keringkat bakti sepanjang tahun dalam membimbing murid kearah kecemerlangan. Kepada mereka yang tidak berjaya merangkul keputusan cemerlang, gandakan usaha untuk berjaya dalam seberang peperiksaan di sekolah menengah nanti. Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 juga mengucapkan Selamat Melangkah Ke Sekolah Menengah kepada semua murid tahun 6, dengan iringi doa semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat tidak dilupakan. Jika dipanjangkan usia dapat kita bersua kembali dilain masa dan ketika insyaallah,,,,,,,

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN,,,,

Share





KUBANG KERIAN - 17HB. NOVEMBER, 2009. Selamat meneruskan persekolahan peringkat menengah buat 3 orang murid PKBP SKKK 1 yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun 2010. Mereka yang terlibat ialah adik Siti Hajar bt. Mat Ali, adik Ahmad Aufa b. Abd. Halim dan adik Ikmal Hafiz b. Ghazali. Pemergian mereka bertiga akan meninggalkan seribu kenangan buat kami pendidik yang setelah sekian lama bersama mereka selama ini. Kami tidak akan dapat lagi memujuk adik Siti Hajar yang sememangnya juara dalam bab merajuk dan masuk kelas mengikut kesukaannya bukan mengikut jadual yang sepatutnya. Kami tidak akan lagi mendengar cakap ajuk dari adik Hafiz dan kami juga tidak akan lagi bercakap berulang kali perkara yang sama kepada adik Aufa kerana sememangnya jika cikgu bertanya 10 soalan kepada adik Aufa, 1 soalan pun belum tentu dijawab olehnya yang begitu pendiam dan pemalu. Walau apapun keadaanya kenangan tetap dalam ingatan dan kehadiran mereka sememangnya mengembirakan kami, tidak ada perasaan kesal dan marah dengan sikap dan tingkah lakunya. Oleh itu kami di sini sentiasa mendoakan agar mereka dapat meneruskan persekolahannya dengan jayanya. Segala ilmu yang diberikan telah dihalalkan oleh kami dan semoga diberi kesihatan, rezeki dan keberkatan yang berpanjangan olehNYA,,,,Jika dipanjangkan usia jumpa lagi dilain masa dan ketika,,,,,

Related Posts with Thumbnails