Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan tarian murid-murid PPKI SKKK 1 kerana telah berjaya mendapat tempat ke dua dalam pertandingan tarian murid-murid PPKI dalam Karnival Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) yang telah diadakan pada 16hb. Julai 2011 (Sabtu) baru-baru ini. PPKI SKKK 1 telah menyertai 2 acara tarian iaitu tarian moden dan tarian tradisional. Tarian tradisional mendapat tempat ke dua, manakala tarian moden mendapat tempat kelima. Tarian yang dipertandingkan telah di latih oleh Cikgu Nailie dan Cikgu Noorliza(tarian tradisional) manakala Cikgu Reina dan Cikgu Rosliza (tarian moden), turut dilatih bersama oleh semua guru dan juga PPM PPKI SKKK 1. Walaupun masa latihan amat terhad hanya dalam tempoh satu minggu, dan melalui beberapa frasa halangan, mereka mampu melakukan yang tebaik sedaya upaya mereka.
Selain acara tarian, PPKI SKKK 1 juga telah menyertai beberapa acara sukaneka seperti mengisi air dalam botol, lari dalam guni, makan buah limau, memakai baju dan pecah belon. Oleh itu seluruh warga PPKI SKKK1 mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang. Syabas juga buat mereka kerana mengambil peluang dalam semua pertandingan yang dipertandingkan. Semoga bakat yang dicungkil pada hari ini akan berkembang pada masa akan datang. Insyallah.