SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Monday, July 18, 2011

EKSPLORASI ALAM

Share



Pada 13 Julai, 2011 (Rabu) yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKKK 1 telah mengadakan program eksplorasi alam bertempat di Pusat Perkelahan Jeram Pasu Pasir Putih. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada alam sekitar serta struktur bentuk muka bumi ciptaan Allah SWT serta menerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar. Semua murid, guru, PPM serta ibubapa yang terlibat(bagi murid yang tidak boleh mengurus diri) pergi dengan menaiki bas. Rombongan eksplorasi bertolak dari perkarangan sekolah tepat jam 8.30 pagi dan tiba semuala pada jam 1.40 tgh. Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang program berjalan, antaranya murid-murid dibawa menyusuri hutan dengan memanjat tangga yang disediakan. Sejurus seleapas menyusuri hutan, semua murid menjalani terapi air di kolam yang tedapat di jeram tersebut. Secara keseluruhannya semua murid begitu seronok dengan aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut.

Saturday, May 28, 2011

SAMBUTAN HARI IBUBAPA DAN HARI GURU PPKI SKKK 1

Share





26 MEI, 2011
- Majlis Sambutan Hari Ibubapa dan Hari Guru PPKI SKKK 1 telah diadakan dengan meriah sekali di padang SKKK 1. Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.15 tgh. Beberapa acara menarik telah diadakan sepanjang majlis berlangsung. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Zuki (jemputan khas guru arus perdana SKKK 1). Semua warga PPKI termasuk ibubapa dan hadiri yang hadir, diteruskan dengan beberapa acara sukaneka untuk murid-murid dan juga sukaneka untuk ibubapa juga guru. Majlis diteruskan lagi dengan tayangan slaid tentang PPKI SKKK 1 untuk tontonan pada ibubapa dan juga hadiri yang hadir. Upacara memotong kek hari jadi bagi murid-murid yang lahir dalam bulan Januari - Jun, penyampaian cenderahati kepada semua pemenang dan diakhiri dengan sedikit jamuan makan. Sehubungan dengan itu seluruh warga PPKI SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa.Insyallah..........

Tuesday, April 26, 2011

TERAPI BOWLING KB MALL

Share



20 APRIL, 2011 - Kali kedua murid-murid PPKI SKKK 1 mengunjungi KB Mall untuk aktiviti terapi Bowling. Semua murid yang belajar di PPKI/Pra Integrasi SKKK 1 di alu-alukan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kelihatan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan mereka begitu seronok dan gembira sekali. Terapi bowling ini akan diadakan sepanjang tahun 2011 dengan kekerapan 1 kali sebulan..

Thursday, April 14, 2011

SELAMAT DATANG DAN SALAM PERPISAHAN

Share


Selamat Datang buat seorang lagi warga baru PPKI SKKK 1 iaitu En. Mohd Kaha b. Mohd Yaacob, Pembantu Pengurusan Murid(PPM) yang telah melaporkan diri menjadi warga SKKK 1 pada 3 April, 2011. Sebelum ini beliau pernah bertugas juga sebagai PPM PPKI di SK. Ciku 3, Gua Musang selama lebih kurang dua tahun. Beliau ditempatkan di sini atas pertukaran mengantikan Pn. Marlini bt. Zakaria yang telah bertukar ke SK. Ciku 3, Gua Musang. Seluruh warga PPKI mengucapkan Selamat Datang dan selamat bertugas di SKKK 1 buat En. Mohd Kaha dan selamat bertugksrserta bertugas di tempat baru buat Pn. Marlini. Sekalung ucapan penghargaan terima kasih ke atas sumbangan yang telah diberikan selama berada di SKKK 1.

TERAPI MINDA PPKI SKKK 1

Share





13 APRIL, 2011
- Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK 1 telah membuat satu rombongan ke Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu untuk membuat beberapa aktiviti Terapi Minda. Pelbagai aktiviti menarik yang dapat memberi ransangan kepada murid-murid telah dijalankan. Antaranya senamrobik yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPGM yang sedang membuat praktikum di kelas PPKI, aktiviti berjalan kaki di sepanjang laluan pejalan kaki sambil melihat alam sekeliling, melihat secara dekat binatang peliharaan seperti rusa dan seterusnya murid-murid di benarkan bermain di taman permainan yang disediakan di pusat rekreasi tersebut. Kelihatan murid-murid begitu gembira dan seronok sekali.

Sunday, April 10, 2011

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN MURID PEND KHAS

Share




KHAMIS 7 APRIL, 2011-
Satu majlis perkongsian ilmu pengurusan murid-murid Pendidikan Khas telah diadakan di Bilik Gerakan SK. Kubang Kerian 1, Kota Bharu bermula jam 9.30 pagi. Dalam majlis ini para ibu bapa/penjaga murid-murid PPKI SKKK 1 telah dijemput untuk sama-sama berkongsi ilmu dan ideal tentang pengurusan anak-anak istimewa. Penceramah yang sudi berkongsi ilmu pada hari ini tidak lain dan tidak bukan guru yang paling dikenali dalam dunia pendidikan khas iaitu Pn. K.A. Razhiyah K.A.Mohamed, Guru Cemerlang Pendidikan Khas Negeri Kelantan. Banyak ilmu yang telah dikongsi dalam majlis ini. Semua ibubapa/penjaga yang berkesempatan hadir pada hari ini amat berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan dan program yang pihak sekolah anjurkan.
Dalam majlis yang sama juga turut di jemput pegawai daripada Bank Simpanan Nasional Cawangan Kota Bharu telah hadir memberi taklimat tentang Kelab Penabung Muda BSN. Mana-mana ibu bapa yang berminat dengan penerangan yang telah dijelaskan bolehlah menghubungi pegawai BSN melalui guru-guru PPKI SKKK 1.

Tuesday, March 22, 2011

SELAMAT DATANG

Share
Selamat Datang ke SK. Kubang Kerian 1 khasnya dan Selamat menjalani latihan praktikum di kelas PPKI diucapkan kepada 2 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu iaitu Cg. Mohamad Iqbal b. Musa dan Cg Muhammad Naim Shafiq b. Zahidi. Beliau akan menjalani latihan praktikum selama 4 minggu di Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Warga PPKI SKKK 1 mengucapkan selamat menjalani latihan praktikum dan diharap dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berguna.Insyallah.
Related Posts with Thumbnails