11HB. APRIL, 2010 - BUKIT MARAK. Seluruh warga Pendidikan Khas mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Pn. Cik Ruziahani bt. Jusoh (Pembantu Pengurusan Murid PKBP) di atas kembalinya ke rahmatullah ayahandanya Allahyarham Jusoh b. Mat Hassan pada petang Ahad 11hb. April, 2010 jam 2.30 petang kerana sakit tua. Semogo rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. DariNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita akan kembali. Al-Fatihah......
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Monday, April 12, 2010
Wednesday, April 7, 2010
LATIHAN PENGGUNAAN ALATAN
7HB. APRIL, 2010 - KUBANG KERIAN. Bermula dua minggu lepas, Kelas Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK 1 telah memulakan aktiviti luar bilik darjah pada setiap hari Rabu. Pada minggu ini semua guru, PPM serta murid telah mencuba satu alatan berbentuk terapi yang baru dibeli. Semua yang terlibat dengan aktiviti ini dikehendaki mencubanya. Banyak permainan ringkas boleh dijalankan dengan satu alatan(pelbagai guna). Untuk minggu ini murid dan guru menjalankan satu aktiviti sahaja iaitu "melompat dengan pelbagai halangan". Murid amat seronok dan semua mengambil bahagian. Syabas diucapkan kepada mereka kerana begitu bersemangat menjalankan aktiviti yang ditunjukkan oleh guru walaupun ada sesetengah murid amat susah untuk dipujuk melakukan aktiviti yang diminta,,,,,,,,,,,
Sunday, March 21, 2010
SELAMAT DATANG WARGA BARU PEND KHAS SKKK 1
KUBANG KERIAN - 21HB. MAC, 2010. Sekalung ucaapan selamat datang dan selamat bertugas buat tiga orang warga baru Kelas Pendidikan Khas SKKK 1. Mereka terdiri daripada dua orang guru pelatih dari IPGM KB iaitu Cik Anis Syuhada bt. Nazari dan Cik NurHazmalina bt. Abdullah Sani yang akan menjalani praktikum disini selama 4 minggu bermula hari ini hingga 15hb. April, 2010. Kami juga menerima tiga orang guru pelatih dari IPGM KB yang datang menjalani Latihan Berasaskan Sekolah (ROS) selama satu minggu bermula hari ini. Mereka terdiri daripada Cik Normahara bt. Norlias, Cik Nurhazwani bt. Nawi dan Cik Nur Ilham bt. Ibrahim. Seterusnya kelas pendidikan khas menerima seorang lagi guru baru (GSTT) iaitu Cik Nazatul Mazliana bt. Mohamad Zin yang telah melapor diri untuk bertugas bermula 16hb. Mac. 2010. Kami seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan selamat datang dan selamat mengajar serta selamat menjalani ROS di sekolah kami, semoga dapat menyumbangkan ideal-ideal baru untuk anak-anak didik disini............
Thursday, March 11, 2010
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

Selamat Bercuti diucapkan kepada murid-murid PPKI SKKK1 dan seluruh warga SKKK 1 serta semua warga Pendidik Amnya. Semoga waktu cuti dapat dihabiskan dengan perkara berfaedah. Kita akan bersua kembali pada 21hb. Mac, 2010...Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalan raya....
Sunday, February 28, 2010
PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN
Murid-murid sedang mendengar ceramah Motivasi yang
disampaikan oleh Penceramah Jemputan
27HB. FEBRUARI 2010 - KUBANG KERIAN. Sk. Kubang Kerian 1, telah mengadakan Program Motivasi Kepimpinan dan Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, SPBT, Briget ICT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah 2010 pada hari Sabtu dan Ahad ( 27 dan 28hb. Feb. 2010) untuk pemimpim kecil SKKK 1. Dalam majlis tersebut, seramai tiga orang murid Pendidikan Khas SKKK 1 turut serta dalam majlis tersebut yang mewakili Pengawas Pendidikan Khas dan Ketua Darjah iaitu adik Nik Md. Nu'man b. Che Ghani, adik Md. Amin b. Ismail (Pengawas Pend. Khas), manakala adik Ahmad Fawwaz b. suhaimi (Ketua Darjah PKBP). Program ini berjalan selama dua hari bermula hari Sabtu jam 8.30 pagi - 6.00 petang, dan Ahad jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Pada hari kedua program, pemimpim kecil menerima watikah perlantikan daripada Supt. Azli b. Md Noor iaitu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Kelantan. Objektif utama perlantikan Pegawas PKBP adalah untuk memupuk semangat kerjasama, tolenrasi, berdikari dan berkeyakinan dalam diri serta dapat membina dan membentuk peribadi positif, berkarisma dalam diri mereka. Untuk anak-anak Pendidikan Khas, Selamat Menjalankan Tugas Yang diamanahkan,,,,,
Thursday, February 25, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU,,,,,,,,
15HB. FEBRUARI 2010. Tahniah dan syukur diucapkan kepada pasangan sehati sejiwa Pn. Marlini bt. Zakaria (PPM Kelas Pendidikan Khas SKKK 1) dengan pasangannya Nik Hafizzi b. Nik Abd. Halim yang telah selamat diijabkabulkan pada 21hb. Sept. 2009 dan menjadi raja sehari pada 15hb. Februari, 2010 yang lepas. Semoga cepat mendapat cahaya mata dan didoakan semoga dengan terbinanya ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhirnya,,,,,
Monday, February 8, 2010
SEMINAR PENGENDALIAN KANAK-KANAK AUTISMA
Satu Seminar Pengendalian Kanak-kanak Autisma dan Perkhidmatan yang disediakan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.
Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Auditorium Perubatan Nuklear, Hospital USM Kubang Kerian.
Kepada ibubapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan seminar daripada guru Pendidikan Khas SKKK 1 sebelum 16hb. Februari 2010.
Sekian untuk makluman .
Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Auditorium Perubatan Nuklear, Hospital USM Kubang Kerian.
Kepada ibubapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan seminar daripada guru Pendidikan Khas SKKK 1 sebelum 16hb. Februari 2010.
Sekian untuk makluman .
Subscribe to:
Posts (Atom)