Kubang Kerian - 21hb. Jun 2009 Selamat datang ke Kelas PKBP SKKK 1 buat guru-guru pelatih Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus KB, Kelantan (IPGM) yang akan menjalani latihan mengajar (praktikum selama 3 bulan) bermula 21hb. Jun, 2009 hingga 17hb. sept. 2009. Guru-guru tersebut ialah En. Anuar b. Yusoff, Pn. Zarina bt. Hamat dan Pn. Zaleha bt. Alias. Mereka terdiri daripada guru-guru KPLI yang bakal mengajar kelas pendidikan khas setelah tamat latihan nanti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga sepanjang menjalani latihan praktikum ini mereka dapat mengutip segala ilmu yang ada untuk panduan apabila menjadi guru kelak. Tahniah sekali lagi dan selamat mengajar dengan penuh dedikasi,,,,
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Wednesday, June 24, 2009
NILAI SEBUAH SENYUMAN
Ia tidak perlu dibayar,tetapi mendatangkan banyak faedah
Ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya
Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya
Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi pun, tiada yang terlalu miskin hingga tidak mampu untuk memberikannya lagi
Ia mencipta keriangan di rumah memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan
Ia adalah ketenangan kepada pemberi harapan kepada yang kecewa cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan
Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain
Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan
Hadiahkanlah sebuah senyuman
Senyumlah selalu berkatnya beribu-ibu,,,
dipetik daripada
sumbangan Koleksi Mama
IPGM Kelantan
03102005/Syaaban 1426H
Ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya
Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya
Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi pun, tiada yang terlalu miskin hingga tidak mampu untuk memberikannya lagi
Ia mencipta keriangan di rumah memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan
Ia adalah ketenangan kepada pemberi harapan kepada yang kecewa cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan
Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain
Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan
Hadiahkanlah sebuah senyuman
Senyumlah selalu berkatnya beribu-ibu,,,
dipetik daripada
sumbangan Koleksi Mama
IPGM Kelantan
03102005/Syaaban 1426H
Wednesday, June 17, 2009
SELAMAT DATANG,,,
Selamat datang, selamat belajar dan selamat bertugas buat dua orang warga baru PKBP SKKK 1. Mereka adalah seorang murid PKBP (WAN ATIRAH AYUNI BT. WAN DAUD) yang baru bertukar dari Pulau Pinang dan seorang lagi guru PKBP (PN. ROSLIZA BT. JA'FAR) yang baru dilantik sebagai guru GSTT di kelas PKBP. Adik Atirah mula bersekolah di SKKK 1 pada 15hb. Jun 2009 manakala Cikgu Rosliza melaporkan diri untuk bertugas di sini pada 16 Jun 2009. Semoga adik Atirah dapat belajar dengan penuh semangat di sini. Kepada Cikgu Rosliza selamat datang, selamat mengajar dan tahniah diucapkan atas perlantikan itu. Semoga dapat mengajar dengan penuh dedikasi di sini. Amin,,,,
Tuesday, June 16, 2009
SEMINAR PENDIDIKAN KHAS NEGERI KELANTAN 2009
15hb. Jun 2009 - KOTA BHARU Satu Seminar Pendidikan Khas Negeri Kelantan 2009 telah diadakan pada 15hb. Jun, 2009 jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.A.Brs.Tn. Hj. Mohd Ghazali b. Ab. Rahman (Pengarah Pelajaran Kelantan). Peserta seminar terdiri daripada guru-guru yang mengajar kelas Pendidikan Khas yang terdiri daripada Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Disleksia. Unit Pendidikan Khas SKKK 1 telah menghantar dua orang wakil untuk menghadiri seminar tersebut iaitu, En. Nik Jailani b. Nik Mat (PK Pendidikan Khas) dan Pn. Nor Shamsiah bt. Ismail (Guru Pendidikan Khas PKBP SKKK 1)
Objektif Seminar
1. Meningkatkan pengetahuan guru-guru mengenai kanak-kanak bermasalah pembelajaran dari aspek perubatan dan neurologi.
2. Menjadi platform untuk meningkatkan kerjasama antara pendidikan khas dan perkhidmatan sains kesihatan.
3. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru aliran perdana mengenai potensi dan keperluan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
4. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai potensi dan peluang pendidikan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Menarik minat keluarga untuk mendaftar anak-anak dalam program pendidikan khas.
Friday, May 29, 2009
SUKAN TAHUNAN SKKK 1 2009
27 Mei 2009 - KUBANG KERIAN. Sukan tahunan 2009 bagi SKKK 1 telah selamat diadakan pada 27 dan 28 Mei, 2009. Murid Pendidikan Khas turut menyertainya dengan 2 acara sukaneka. Acara sukaneka yang disertai oleh murid P.Khas ialah menyusun pundi kacang dalam relung rotan dan berebut gula-gula/makanan ringan. Walaupun 2 acara tersebut, amat mudah bagi murid normal tapi ianya menjadi satu acara yang begitu sukar untuk murid PKhas melakukannya. Kami guru-guru telah bertungkus lumus membuat latihan sejak 2 minggu lepas lagi. Syukur alhamdulilah murid kami mampu membuatnya sehabis baik. Syabas buat mereka.
Monday, May 25, 2009
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PKBP DAN PRA INTEGRASI SKKK 1
Tanggal 25 Mei, 2009 menjadi suatu ingatan yang indah buat seluruh warga PKBP dan PRA Integrasi kerana program bersama ibu bapa berjalan seperti yang dirancang. Bertempat di Taman Perbandaran Tengku anis, Tanjung Chat Kota Bharu, sambutan yang dirancang berjalan dengan sempurna.Alhamdullilah.Rasa syukur yang tidak terhingga kerana program yang dirancang selama ini oleh guru-guru PKBP untuk mengadakan sambutan kelahiran murid bersama ibu bapa berjalan dengan lancarnya dan sunggguh meriah sekali. Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa begitu menggalakan dan kami guru-guru rasa begitu terharu dengan sambutan yang diberikan oleh ibu bapa. Sehingga ada ibu atau bapa yang sanggup mengambil cuti untuk menyertai program yang dijalankan oleh sekolah bersama anak-anak mereka. Bukan sokongan moral dan penyertaan sahaja yang diberikan oleh ibu bapa, malah ada yang turut meyumbang barangan serta kewangan. Dengan rasa penuh kesyukuran kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi sumbangan, juga yang turut memeriahkan program yang dirancang, hanya YANG MAHA ESA sahaja yang dapat membalasnya. Sepanjang program berjalan, murid ditemani oleh seorang ibu / bapa / penjaga. Beberapa acara sukneka telah dijalankan dan satu acara ibubapa turut diadakan. Murid-murid dan ibu bapa begitu gembira sekali walaupun aktiviti yang dijalankan dibawah panas matahari. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua warga PENDIDIKAN KHAS SKKK 1. Terima kasih kepada semua yang telah turut menjayakan program ini sehingga berjalan dengan begitu lancar sekali. Hanya YANG MAHA ESA sahaja yang dapat membalasnya dengan adil. Insyaallah panjang umur jumpa lagi di aktiviti lain pula. Terima kasih semua,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,LAGI GAMBAR
Sunday, May 24, 2009
KURSUS PENGGUNAAN EDUWEBTV DALAM P & P
Pada hari Sabtu 23hb. Mei, 2009 semua guru SKKK 1 diminta menghadiri kurus penggunaan
EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus yang dianjurkan oleh unit LDP SKKK 1 turut disertai oleh guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kursus ini mendedahkan kepada guru-guru tentang pengenalan EDUWEBTV, cara untuk log masuk serta fungsi EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah. Selepas kursus ini diharap guru-guru pendidikan khas dapat mengaplikasikan penggunaan EDUWEBTV dalam P & P di bilik darjah dan seterusnya dapat mendedahkan murid-murid kepada dunia IT dalam P & P.
Subscribe to:
Posts (Atom)