Pada pagi Khamis bersamaan 21hb. Mei, 2009 semua murid tahap 1 SKKK 1 diminta membuat latihan sukaneka sempena sukan tahunan yang akan berlangsung minggu hadapan. Sehubungan dengan itu tidak terkecuali anak-anak pendidikan khas juga turut membuat latihan sukaneka bagi melancarkan acara yang akan berlangsung minggu hadapan. Banyak sungguh watak-watak dan perlakuan yang lucu sepanjang latihan dijalankan. Ada terdapat murid yang begitu yakin dan bersemangat menjalankan latihan, tidak kurang juga ada terdapat murid yang merajuk tanpa sebab dan tidak mahu ambil bahagian. Bagi kami yang telah berhadapan setiap hari dengan telatah anak-anak ini sudah menjadi asam garam dalam kehidupan. Biasalah anak-anak istimewa perangai, perasaan dan tingkah laku mereka sukar diramal. Kita yang sempurnalah tempat mereka menumpang kasih mengasihi antara satu sama lain.
SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Friday, May 22, 2009
LATIHAN SUKANEKA PKBP
Sunday, May 17, 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009
Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru. Banyak acara menarik dijalankan bersama murid sepanjang majlis sambutan. Antara acara yang dijalankan adalah senamrobik perdana seluruh warga SKKK 1 termasuk murid PKBP, pertandingan bola sepak antara guru lelaki dan murid lelaki, berebut kerusi (guru perempuan), bola beracun dan beberapa acara pentas. Semua murid PKBP menyertai acara senamrobik perdana yang dijalankan di padang SKKK 1. SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH CIKGU,,,,,
Wednesday, April 22, 2009
SYUKUR DI ATAS NIKMATNYA......
SEMINAR DISLEKSIA - KEMARAU BERPANJANGAN
Satu seminar Disleksia - Kemarau Berpanjangan telah diadakan di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian pada Isnin 13hb. April, 2009, dianjurkan oleh Jabatan Otorinolaringologi -HNS Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dengan kerjasama Peserta-peserta Kursus Guru Peripatetik Keperluan Khas, USM-BPK, KPM.Unit Pendidikan Khas SKKK 1 telah menghantar seorang wakil guru untuk menyertai seminar tersebut. Seminar satu hari ini banyak memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya dalam aspek pengesanan dan pengendalian kanak-kanak atau remaja yang mengalami disleksia. Antara topik yang dibincangkan dalam seminar tersebut ialah Peranan Guru dan Ibu Bapa (oleh Tn. Syed Abdullah b. Syed Kamaruddin, Unit Disleksia/Pemulihan Khas - BPK, KPM), Mengenalpasti Simptom-simptom Disleksia (oleh Prof Dr. Zabidi Azhar b. Mohd Hussin), Pegendalian Kanak-kanak Disleksia secara Psikologi (oleh Dr. Azizah bt. Othman), Pendekatan Pemulihan Disleksia dari aspek pemulihan carakerja (oleh En. Asri b. Dollah) Peranan Patologi Pertuturan dalam Menangani Kanak-kanak Disleksia (oleh Cik Azlinda bt. Abd. Ghani) Penglibatan Kerajaan dan NGO (oleh Dr. Aziz b. Abu Hassan) serta di akhir seminar Forum Multidisciplinary Approach (Moderator - Profesor Dr. Dinsuhaimi b. Sidek).
SARINGAN MASALAH PENGAMATAN MURID
Sekalung Ucapan Selamat datang ke SKKK 1 buat Encik Mohamad Ilmee b. Mohamad Zin (Penolong Pengarah Pemulihan Khas) dari Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPN Negeri Kelantan pada 7hb. April, 2009. Tujuan lawatan beliau ke SKKK 1 adalah untuk menyaring masalah pengamatan murid-murid Pemulihan Khas tahun 2 yang dikhuatiri mengalami masalah dalam 3M serta mempunyai masalah kognitif. Saringan ini dibuat agar dapat dikenalpasti lebih awal untuk memulihkan mereka agar dapat belajar di arus perdana seperti biasa. Terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa bersama guru-guru dan murid-murid SKKK 1 untuk memperolehi yang terbaik dalam semua aspek.
Wednesday, April 1, 2009
SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU
MENGENAL PASTI MURID PKBP
Subscribe to:
Posts (Atom)