SK. KUBANG KERIAN 1, JALAN ISTANA MAHKOTA, 16150 KOTA BHARU KELANTAN. TEL : 097652797 EMAIL : pkhaskk1@gmail.com
SALAM ZIARAH
SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...
Saturday, February 7, 2009
MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS 2009
UJIAN PENAPISAN - KIA 2M
Satu ujian Intervensi awal membaca dan menulis (KIA 2M) terhadap murid tahun 1 telah dijalankan sepanjang minggu lepas iaitu hari Isnin hingga Khamis. Ujian ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bahan ujian disediakan oleh KPM. Ujian bacaan dijalankan secara lisan dan bersemuka. Objektif utama ujian ini adalah untuk mengesan kebolehan murid tahun 1 dalam bacaan dan penulisan.
Monday, February 2, 2009
LAWATAN PK HEM SK. LUNDANG KB
Kami warga Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan terima kasih kepada Pn. Rosmariah bt. Abd. Aziz PK HEM SK. Lundang KB kerana sudi meluangkan masa melawat kelas Pendidikan Khas sekolah kami pada hari ini. Semoga dengan kunjungan ini akan dapat memberi sedikit maklumat dan idea baru bagi menambahkan lagi pengetahuan beliau dalam ilmu Pendidikan Khas.
Thursday, January 29, 2009
SEMOGA CEPAT SEMBUH,,,
Kami warga SKKK 1, khasnya unit pendidikan khas mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat adik Raja Mohd Akashah b. Raja Mohd Amin yang dimasukkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian kerana penyakit leaukimia. Doa dari kami semoga cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa. Amin.
SELAMAT BELAJAR DI SEKOLAH BARU,,,,,,,,,,
Selamat belajar dan selamat bertukar buat adik Wan Muhammad Nizamudin b. Wan Mohd. Fekeri yang bertukar ke SK. Kubang Kerian 3 baru-baru ini. Semoga terus belajar, sihat dan gembira selalu. Doa dari cikgu semoga Nizam berjaya dalam hidup.
Thursday, January 15, 2009
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
1. Lambat berkembang
2. Berbentuk kod terhad (kurang menggunakan imbuhan, sintaksis tidak lengkap, banyak menggunakan gestures, bahasa loghat)
3. Kurang aktif dan kreatif dalam aktiviti lisan
4. Perbendaharaan kata terhad
5. Pemilihan perkataan tidak menepati maksud
6. Perbincangan tidak menepati tajuk
7. Kurang keyakinan diri (enggan, takut atau malu bercakap)
2. Berbentuk kod terhad (kurang menggunakan imbuhan, sintaksis tidak lengkap, banyak menggunakan gestures, bahasa loghat)
3. Kurang aktif dan kreatif dalam aktiviti lisan
4. Perbendaharaan kata terhad
5. Pemilihan perkataan tidak menepati maksud
6. Perbincangan tidak menepati tajuk
7. Kurang keyakinan diri (enggan, takut atau malu bercakap)
Wednesday, January 14, 2009
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Pada umumnya kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. lemah daya pemikiran (daya ingatan,tumpuan perhatian, pengamatan, pendengaran, penglihatan dan psikomotor, 3M (menulis, membaca, bertutur dan mengira) )
2. kurang keyakinan diri
3. sukar mengawal emosi
4. seringkali terganggu kesihatan
5. mudah tertarik pada yang lain
6. perlakuan tidak tetap
7. suka mengusik
8. terlalu aktif / pasif
9. terlalu mementingkan hak sendiri
1. lemah daya pemikiran (daya ingatan,tumpuan perhatian, pengamatan, pendengaran, penglihatan dan psikomotor, 3M (menulis, membaca, bertutur dan mengira) )
2. kurang keyakinan diri
3. sukar mengawal emosi
4. seringkali terganggu kesihatan
5. mudah tertarik pada yang lain
6. perlakuan tidak tetap
7. suka mengusik
8. terlalu aktif / pasif
9. terlalu mementingkan hak sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)