SALAM ZIARAH

SALAM ZIARAH KEPADA SEMUA TETAMU, SEBARANG KOMEN, PENDAPAT ATAU TEGURAN BOLEHLAH DI KEMUKAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA MELALUI EMAIL SEPERTI YANG TERTERA. APA YANG BAIK DATANGNYA DARI MAHA PENCIPTA DAN YANG LEMAH SERTA KURANG ITU DARI KELEMAHAN KAMI SENDIRI..SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DARI KEBAIKAN YANG DILAKUKAN,,,,INSYAALLAH...

Thursday, May 27, 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKKK 1-2010

Share




Temasya Sukan Tahunan SKKK 1 bagi sesi 2010 telah diadakan selama 2 hari berturut-turut 25 dan 26hb. Mei, 2010. Murd-murid PPKI SKKK 1 juga turut mengambil bahagian dalam temasya tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian, kerana walaupun padang dipenuhi air hujan namun demi semangat kesukanan, acara tetap diteruskan,,,syabas dan tahniah,,,

Sunday, May 23, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Share


KUBANG KERIAN - 19HB. MEI, 2010. Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 19hb. Mei, 2010. Walaupun hujan renyai-renyai turun sepanjang hari, sambutan dapat diteruskan hingga selesai dalam suasana yang sederhana. Pelbagai acara dijalankan sepanjang sambutan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Guru Malaysia, lagu Tema Hari Guru, ucapan tuan guru besar, persembahan pakaian beragam oleh guru lelaki dan permainan bola tampar mengikut rumah sukan. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang mengambil bahagian, mereka yang tidak berkesempatan mengambil bahagian pada tahun ini boleh sertainya pada tahun hadapan pula. SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Share


16hb. Mei, 2010 - Seluruh warga Pendidikan Khas SKKK 1 mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, khasnya guru Pendidikan Khas. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan keikhlasan guru-guru mendidik anak bangsa yang di kasihi. Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang presidin sebah negara, jika hari ini seorang ulama yang mulis, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang penulis terkemuka, jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan basa,,,HAPPY TEACHERS DAY,,,,

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID

Share


KUBANG KERIAN - 13HB. Mei, 2010. Mesyuarat agung PIBG kali ke 30 dan Majlis anugerah Kecemerlangan Murid SKKK 1 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh meriah sekali dengan diselangi oleh beberapa acara persembahan murid seperti persembahan silat, bercerita, nasyid dan nyanyian oleh murid-murid Pra Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Makhtar bin Mustapha Pengarah JPP Negeri Kelantan. Beberapa anugerah telah diberikan kepada murid sepanjang majlis tersebt antaranya, Anugerah murid mendapat tempat tertama, kedua dan ketiga dalam Ujian Akhir Tahun 2009 (termasuk murid Pendidikan Khas), Anugerah Murid Khatam Al-Quran, Anugerah Murid mendapat 8A dalam UPKK 2009, Anugerah Murid 5A UPSR 2009 dan Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2009.

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU,,,,

Share

9hb. Mei, 2010 - Seluruh warga PKBP SKKK 1 mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu murid Pendidikan Khas SKKK 1 dan seluruh ibu-ibu yang ada di Malaysia.Didoakan semoga ibu-ibu sentiasa berada dalam rahmatNYA dan tenang sentiasa. Hayati bait-bait kata dibawah, semoga ianya menjadi satu ingatan buat kita semua,,,,

Bicara bersama Ibu,,,

Sahabat.....

Kita telah dilahirkan oleh Ibu kita
dengan perjuangan antara hidup dan mati...
Sudahkah kita BERBUAT sesuai yang diharapkannya. ..
untuk orang tua, untuk keluarga, untuk bangsa, negara dan agama?
Apakah kedudukan kita sudah sebanding dengan perjuangannya ...?
Ataukah sebaliknya kita sudah mengecewakannya?

Marilah kita mengambil sebuah tulisan berikut...

IBU

Suatu ketika seorang anak menghampiri ibunya di dapur..
ia menyerahkan selembar kertas yang telah ditulisinya. ..
Setelah sang ibu mengeringkan tangannya dengan lap.
Ia pun membacanya dan inilah tulisannya :

Untuk memotong rumput RM10.00
Untuk membersihkan tempat tidur RM5.00
Untuk pergi ke KEDAI disuruh ibu RM2.00
Untuk menjaga adik waktu ibu belanja RM20.00
Untuk membuang sampah RM1.00
Untuk nilai bagus RM10.00
Untuk membersihkan dan menyapu halaman RM5.00
Jadi total jumlah hutang ibu adalah RM53.00

Sang Ibu memandangi anaknya dengan penuh harap..
berbagai kenangan terlintas dalam benak sang ibu..
lalu ia mengambil pen,
membalikan kertasnya dan inilah yang ia tuliskan :

Untuk sembilan bulan ibu mengandung kamu, PERCUMA
Untuk semua malam ibu menemani kamu, PERCUMA
Untuk mengobati kamu dan mendoakan kamu, PERCUMA
Untuk semua saat susah dan airmata dalam mengurus kamu, PERCUMA
Untuk semua mainan, makanan dan baju, PERCUMA
Kalau dijumlahkan semuanya..
harga cinta ibu adalah PERCUMA...
semuanya PERCUMA...

Selesai membaca apa yang ditulis ibunya,
Sang anak pun BERLINANG AIR MATA dan menatap ibunya dan berkata :

IBu, aku SAYANG SEKALI sama ibu
Kemudian ia mengambil PEN
dan menulis sebuah kata dengan huruf-huruf besar ”JELAS”

Masih senantiasa teringat dalam benak kami...
Ketika kami muda betapa Ibunda ingin MEMELUK kami ...
tapi kami MENGUNCI kamar kami.....

Ketika sebagian dari kami lulus PEPERIKSAAN Ibu MENANGIS TERHARU.....
tapi kami malah BERPESTA dengan teman-teman kami...

Ketika mereka membayar WANG kuliah dan MENGANTAR kami kuliah pertama...
tapi kami malah minta diturunkan di gerbang kampus kerana MALU sama teman-teman kami...

Ketika beliau bertanya”dari mana saja seharian pergi...”
sebagai jawapan..”Ah Ibu betul2 cerewet , semua mahu tahu urusan orang

Ketika mereka MEMBANTU membiayai pernikahan.. .
akan tetapi semua anak2 tetap berpindah dan menetap jauh beratus kilometer darinya ...

Ketika dia memberi nasihat cara merawat bayi...
tetapi kami menjawabMaaf ibu zaman sudah berubah...”

Ketika mereka memendam rindu ingin bertemu kami...
akan tetapi apa jawapan kamiMaaf ibu kami sibuk dengan urusan kami.....”

Ketika di Usia mereka LANJUT dan UZUR
sehingga memerlukan RAWATAN... .
sebagai gantinya kami malah membaca pengaruh negatif orangtua yang menumpang di rumah cucu-cucunya. ..

Sehingga ketika sebagian dari orangtua kami Engkau Panggil....

Baru terasa seperti sebuah PALU GODAM yang meremukan hati kami...
ternyata kami BELUM MELAKUKAN APAPUN untuk kedua orangtua kami...

Jika beliau masih ADA,
jangan lupa memeberikan KASIH SAYANGMU lebih dari yang pernah kau berikan selama ini...

Dan jika beliau sudah TIADA,
ingatlah kasih sayang dan cintanya yang tulus tanpa syarat kepadamu..
janganlah lupa untuk senantiasa melantunkan DOA kepadanya disetiap waktumu...

Untuk itu...
Ya Allah ampunilah kedErhakaan kami...
Ya Allah senantiasa perbaiki akhlak kami...
Ya Allah rahmatillah senantiasa orangtua kami.
Ya Allah cintailah... kasihilah. ..sayangilah mereka
sebagaimana mereka demikian sayang kepada kami sewaktu kami kecil....... ..

Demikian semoga kita sedar dan insaf. ..
KEWUJUDAN kita di dunia harus BERERTI...
Terutama untuk IBU TERCINTA....

Related Posts with Thumbnails